Sunday 8 August 2010

Perang Afghanistan semasa Soviet dan Amerika Syarikat

1. Peperangan di Afghanistan yang melibat NATO dan diketuai oleh Amerika Syarikat sudah memasuki tahun ke 9. Ia bermula pada 7 Okt 2001 selepas insiden 911 (11 Sep). Afghanistan juga pernah menghadapi peperangan yang serupa sebelum ini bermula pada Dis 1979 sehingga 15 Feb 1989 dengan kekalahan yang memalukan di pihak Soviet.

2. Jika dilihat, tujuan Kesatuan Soviet menceroboh Afghanistan adalah untuk mengembangkan pengaruh komunis dan mengelakkan Afghanistan di jadikan sebagai pengkalan dan zon penampan oleh negara-negara seterunya semasa Perang Dingin sedang memuncak. Manakala Amerika Syarikat berhasrat untuk menumpaskan Al-Qaeda yang dikatakan sebagai pencetusnya tragedi 911 manakala Taliban pula dituduh memberikan perlindungan kepada Al-Qaeda dan juga Osama ben Laden dan itu menjadikan ia sebagai alasan utama bagi pencerobohan itu. 

3. Pada hari ini kita dapat lihat dimana Pertubuhan Perjanjian Antlantik Utara (NATO) yang diketuai oleh Amerika Syarikat sedang menghadapi peperangan yang dilihat tiada penghujungnya. Pelbagai cara telah dilakukan oleh NATO untuk memenangi peperangan ini tetapi kematian anggota tentera mereka dilihat semakin bertambah dari hari ke hari. terdapat beberapa negara telah menyatakan hasrat atau telah menarik tentera mereka dari Afghanistan.

4. Terdapat 2 perbezaan cara operasi yang dilaksanakan oleh kedua-dua kuasa besar. Soviet menggunakan operasi pasukan payung terjun untuk menawan lapangan terbang dan kawasan-kawasan penting dan diikuti pencerobohan dari darat oleh 40th Army. Manakala Amerika Syarikat menggunakan  risikannya melalui CIA dibantu oleh  pasukan komandonya. Serangan mereka didahului oleh kuasa udara dengan mengebom kawasan yang disyaki sebagai kawasan pertahanan utama Taliban dan kemudiannya diikuti oleh serangan darat. Serangan itu juga dibantu oleh Pakatan Utara yang mana ia adalah rakyat-rakyat Afghanistan yang membenci Taliban dan berhasrat untuk menggulingkannya.

5.  Kedua-dua kuasa memandang rendah terhadap semangat rakyat Afghanistan yang tidak menyukai pencerobohan dan juga keadaan muka bumi negara tersebut yang menyukarkan pasukan penceroboh. Ini menyebabkan peralatan yang canggih dah berkemampuan tinggi yang dimiliki oleh mereka, ianya tidak dapat menandingi kedua-dua elemen tersebut.

Penerangan mengenai penentangan rakyat Afghanistan akan saya terangkan melalui 2 tajuk yang berasingan. Jadi kalau ada apa-apa yang terkurang, saya minta maaf la kerana ini hasil blog saya yang pertama. Komen daripada pembaca amat dialu-alukan.



2 comments:

  1. Assalamualaikum,

    Akhirnya saya dapat menjejaki blog anda dengan bantuan penasihat peribadi yang tidak jauh bezanya tahap pemahaman IT dengan saya (isteri).

    US & NATO tidak belajar dari kesilapan ketika peperangan Vietnam. Senjata canggih sahaja tidak boleh menentukan kalah/menang dalam sesuatu peperangan. Mereka tidak tahu atau tidak mahu tahu tentang 'semangat patriotisme' sesuatu bangsa. Vietnamese boleh mengalahkan Peranchis dan US tanpa senjata canggih.

    Kita berjaya menentang pengganas komunis kerana Malaysia menggunakan 'heart & mind'. Lihat orang Palestin, mereka sanggup berkorban hanya kerana 'semangat patriotisme' berkobar-kobar demi untuk negara. Itu sebabnya pepatah mengatakan 'a pen is mightier than a swaord'. Maaflah kerana tersasur sikit bila bercakap pasal patriotisme.

    ReplyDelete
  2. Salam tn. Terima kasih atas komen tn. Tujuan saya menulis blog ini adalah untuk membincangkan pasal battle study. saya juga akan selang selikan bahan denganbacaan ringan seperti kesihatan dan juga teknologi pertahanan. Maybe saya akan tulis kenangan masa sekolah dulu. Saya terpanggil kerana untuk berkongsi secebis pengetahuan yang saya perolehi melalui pembacaan dan history channel.

    ReplyDelete