Sunday 19 September 2010

Loreng Corak Biasa atau Digital-Mana Yang Lebih Baik


MARPAT

Jika diperhatikan sekarang banyak angkatan tentera di serata dunia telah menggunakan corak loreng yang lebih moden iaitu corak loreng digital (digicam-digital camouflage) sebagaimana salah satu contoh yang ditunjukan di sebelah. Maksud loreng digital adalah corak loreng yang menggunakan corak mikro atau lebih tepat dipanggil corak pixel. Negara yang mula-mula menggunakan corak loreng digital adalah Kanada dengan corak dikenali sebagai CAnadian Disruptive PATtern (CADPAT). Kemudian corak loreng ini seolah-olah menjadi kegilaan pada lain-lain negara dan ianya seterusnya beransur-ansur menjadi corak loreng bagi sesetengah negara. Corak ini direka adalah untuk menjadikan pemakainya lebih halimunan pada pandangan mata kerana coraknya lebih kecil dan samar-samar.


Flecktarn
Corak loreng digital ini sebenarnya adalah merupakan legasi atau sambungan penggunaan corak loreng dari jenis flecktarn atau corak loreng jenis titik-titik kecil (Fleck=titik, Tarnug=loreng). Ia adalah corak-corak kecil yang digabungkan bersama dan membentuk corak loreng. Corak loreng ini telah digunakan seawal tahun 1930-an oleh tentera Jerman. Selepas kekalahan Jerman, corak ini hanya digunakan selepas tahun 1990 selepas pelbagai siri ujian. Jepun juga menggunakan loreng corak ini. 
 


DPM
Manakala corak loreng yang banyak digunapakai sebelum ini dikenali sebagai Disruted Pattern Material  (DPM). Corak ini pada asalnya mula digunakan oleh komando dan pasukan payung terjun British dikenali sebagai Demison Smock. Selepas sedikit perubahan terhadap corak tersebut, corak DPM mula diperkenalkan oleh British pada 1960an dan ia kemudiannya diikuti oleh lain-lain negara untuk dijadikan sebagai keperluan pakaian tempur. 


File:ACU Universal Camouflage Pattern.jpgNamun, terdapat percanggahan mengenai corak mana yang lebih sesuai untuk digunakan sebagai corak loreng bagi kegunaan uniform tempur. Ini adalah berikutan daripada operasi yang dijalankan oleh tentera Amerika Syarikat di Afghanistan. Mereka menggunakan loreng dari jenis Universal Camouflage Pattern (UCP). Ia menggunakan warna kelabu dan perang. Ia direka untuk membolehkan ia memberikan penyamaran kepada pemakainya di kawasan bandar dan juga kawasan gurun memandang tentera Amerika menjangkakan operasi ketenteraan selepas ini akan berlaku di kawasan bandar dan bukan sepenuhnya di kawasan hutan. Pelbagai rungutan yang diutarakan oleh anngota tentera Amerika terhadap corak ini yang dikatakan tidak sesuai digunakan di kawasan gurun dan juga dikawasan pegunungan. Mereka kerap membandingkan dengan corak loreng Marin mereka yang menggunakan corak MARPAT (MARine PATtern) yang mana lebih menampakan ciri-ciri penyamaran di kawasan padang pasir dan pergunungan. Bagi memastikan moral tentera mereka sentiasa dipelihara, Jabatan Pertahanan Amerika telah mengarahkan satu kajian dibuat untuk mengkaji corak loreng yang sesuai digunakan untuk menggatikan UCP dan hasilnya satu corak yang dikenali sebagai MultiCam tercipta. Ia dikatakan mampu digunakan di pelbagai keadaan bentuk muka bumi kerana warna yang digunakan iaitu tujuh jenis warna dan juga coraknya iaitu corak coffee stain  mampu menyamarkan pengguna seperti yang ditunjukkan. Kesilapan besar yang dilakukan semasa pemilihan loreng UCP adalah ia hanya direka untuk satu-satu keadaan dan tidak berfungsi dengan baik sebagaimana loreng sebelum ini ataupun sebagaimana loreng multicam.

 

Tidak semua loreng  digital tidak mampu memberikan perlindungan yang baik. Sebagai contoh lihat sahaja loreng baru tentera Singapura yang mana warna digunakan dapat memberikan perlindungan kepada pemakainya. Apa yang dapat dilihat sekali imbas adalah warna senjata SAR-21 mereka sahaja. Ia juga dapat mengurangkan dikesan oleh alat pandang malam.

Bagi tentera Malaysia, kita masih menggunakan loreng corak biasa sebagaimana yang diketahui. Corak loreng a DPwal digunakan dari jenis brushstroke yang mana ianya adalah seakan-akan loreng DPM dan juga loreng tentera India tetapi dengan warna yang gelap untuk disesuaikan dengan keadan persekitaran hutan khaltulistiwa.
Selepas corak ini, corak Harimau Kumbang diperkenalkan bagi menggantikan corak ini tetapi ia hanya dijadikan sebagai demo sahaja. Kenapa dan sebab ia tidak memasuki perkhidmatan diketahui. Mungkin corak dan warna yang digunakan tidak dapat memberikan penyamaran yang baik. Kemudian corak loreng baru diperkenalkan iaitu corak loreng Harimau Kumbang yang digunakan sehingga sekarang. Corak tersebut jika dilihat sekali imbas seakan-akan corak woodland tentera Amerika Syarikat kecuali perbezaan di garisan hitam yang seakan-akan garisan belang harimau belang. Apa apa pun setakat ini loreng Malaysia masih boleh memberikan penyamaran yang baik kerana warna dan bentuk loreng tersebut yang sesuai. Cuma apabila ditanya veteran-veteran, mereka sebenarnya lebih menyukai loreng corak lama.  
Apa-apa pun corak mana yang mana lebih baik, jawapannya adalah terpulang kepada kombinasi warna, corsk loreng itu sendiri dan persekitaran kawasan operasi menentukan loreng tersebut baik atau sebaliknya. Apa yang penting kualiti bagi kesan penyamaran yang dapat digunakan untuk jangka masa panjang.


Share

3 comments:

  1. Saya cadangkan anda menghantar artikel sebegini kepada majalah 'PERAJURIT'. Mungkin mereka berminat untuk menyiarkannya.

    ReplyDelete
  2. Salam tn, saya pernah hantar email tapi tiada jawapan, maybe i'll try more. Saya juga ada bercadang untuk tulis mengenai operasi yang telah berlangsung semasa darurat tapi rujukan saya hanya buku sahaja.

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum boleh tak kalau saya nak soft copy utk loreng sebab saya ade kajian kes mengenai loreng

    ReplyDelete