Thursday 16 September 2010

Tip untuk kekal sihat dan Panjang Umur

Ini adalah beberapa tips atau cara untuk kekal sihat, menjauhi diri dari penyakit dan memanjangkan hayat anda dengan izin Allah. Tips ini saya perolehi berdasarkan pembacaan majalah kesihatan dan juga buku kesihatan. Terus terang saya nyatakan bahawa majalah kesihatan yang saya gemar baca adalah Men's Rodale Health dimana pelbagai maklumat mengenai kesihatan seperti pemakanan, cara untuk menurunkan berat badan, gaya hidup yang sihat dan juga cara untuk diet dan bersenam yang betul. Ok tanpa membuang masa ini adalaha tip-tip yang boleh diguna untuk kekal sihat.

1.      Bersyukur kepada tuhan diatas kurniaan kesihatan dan dipanjangkan usia. Kita akan menghargai kesihatan dan juga akan cuba mengelakkan daripada melakukan perkaa-perkara yang boleh merosakan kesihatan kita.

2.      Minum sekurang-kurangnya lima gelas (250 ml) air setiap hari. Saintis dari Universiti Loma Londa, Amerika Syarikat mendapati  bahawa sesiapa yang minum air dengan jumlah yang dinyatakan mempunyai 54% kurang mendapat serangan jantung merbahaya berbanding mereka yang hanya minum 2 gelas air atau kurang sehari. Air juga merupakan asas dan salah satu elemen kepada segala kehidupan yang mana ia akan bertindak sebagai coolant dalam badan kita. Jadi jangan tunggu dahaga baru kita mahu minum air. Minum setiap masa untuk menggantikan cecair yang hilang dalam badan. 

3.      Hiburkan hati. Menonton video lucu, kartun, membaca komik cerita lucu atau bermain permainan video untuk tempoh 15 minit akan dapat meningkatkan aliran darah anda sebanyak 50% ke jantung sebagaimana laporan penyelidikan oleh Universiti Maryland, Amerika Syarikat. Peningkatan aliran darah akan mengurangkan gumpalan darah dalam saluran dan cholestrol disposition. Ia juga akan dapat mengurangkan tekanan yang kita hadapi seharian samada di tempat kerja atau akibat masalah yang kita hadapi. 

4.      Anda sakit, jangan pergi kerja !. Jika anda rasa tidak sihat, pergi jumpa doktor terus dan dapatkan rawatan yang sepatutnya. Bagi sesiapa yang sakit dan masih berdegil untuk meneruskan kerja, ia berkemungkinan akan mendapat risiko dua kali serangan jantung berbanding mereka yang mendapatkan rawatan dan rehat sebagaimana laporan Jurnal Perubatan British.

5.      Rawat rasa pedih ulu hati. Rasa pedih ulu hati sekiranya tidak dirawat akan menyebabkan serangan penyakit jantung berdasarkan kajian International Journal of Cardiology. Para saintis mendapati bahawa jumlah kandungan asid di dalam osphagus meningkat, kebarangkalian untuk saluran darah tersekat sebanyak 20% mungkin wujud. Rawatan untuk ini, secara semulajadi iaitu dengan mengurangkan meminum jus buah-buahan atau air berkarbonat kerana ianya berasid tinggi dan berkemungkinan menyebabkan rasa pedih ulu hati.

6.      Katakan tidak pada bijirin buahan. Dalam 53 kajian yang dilakukan oleh Universiti Sydney, penyelidik mendapati bahawa memakan bijiran yang dibuat daripada refined grains akan meningkatan tahap insulin dan C-Reaktive Protein  dan merendahkan jumlah  kolestrol baik (HDL). Kesemua faktor tersebut akan meningkatkan kemungkinan serangan penyakit jantung.

7.      Nikmati coklat, yum yum. Dalam kajian mereka selama 15 tahun, pengkaji Belanda dari Universiti Waginengen mendapati bahawa dengan mengambil 4 gram koko sehari dalam diet harian akan dapat mengurangkan separuh daripada risiko diserang penyakit jantung berbanding dengan mereka yang kurang memakannya.

8.      Ambil multivitamin kamu setiap hari.  Penyelidik di Universiti California  mendapati bahawa ini dapat menghalang kerosakan DNA yang menyebabkan kanser.
9.      Bakar 4600 kilojoules seminggu. Bersenam akan dapat mengurangkan risiko hipertension atau stress dan pengumpulan lemak yang tidak diperlukan. Luangkan masa 3 kali seminggu untuk bersenam. Rasa malas? Bersenamlah dengan rakan-rakan kamu dan ia akan dapat membakar lemak 2000 kilojoule seminggu.
10.       Angkat Berat !!!. Kajian oleh saintis Universiti Michigan mengatakan bahawa lelaki yang bersenam dengan mengangkat berat selama seminggu untuk tempoh 2 bulan akan dapat menurunkan tekan diastolic pada bacaan tekanan darah (nombor yang bawah tu) dengan purata 8 mata. Ia adalah mencukupi untuk kurangkan risiko strok sebanyak 40% dan serangan sakit jantung sebanyak 15 %.
11.    Rawatan apabila disengat oleh lebah. Kamu mungkin tidak sedar bila kamu disengat oleh lebah, penyengat dan tebuan sehingga kamu disengat. Tetapi sekiranya terdapat simptom wheezing (bunyi seperti kena asma) dan kejang di bahagian abdomen, 3 cara boleh dibuat untuk selamatkan diri:
- telefon 999 untuk mendapat rawatan.
- Ambil antihistamine.berbaring dengan kaki diletakkan tinggi sementara menunggu bantuan. - - Pada masa yang sama cuba tenangkan pesakit tersebut.

12.    Sentiasa berfikiran positif. Kerunsingan yang berterusan akan  memendekkan usia kamu  selama 16 tahun. Jadi berhenti risau dan senangkan hati kamu.

13.    Makan makanan yang seimbang. Jika kamu menikmati 5 jenis hidanganbuah-buahan dan sayur-sayuran setiap hari, risiko untuk terkena strok dapat dikurangkan sebanyak 26 % berbanding mereka yang hanya menikmati kurang daripada 3 hidangan menurut kajian Universiti St George, London.

14.    Pantau kandungan gula dalam darah. Kajian daripada Universiti John Hopkins mendapati bahawa sesiapa yang mempunyai kandungan gula di dalam darah yang tinggi berisiko untuk diserang penyakit jantung berbanding mereka yang mempunyai kandungan gula yang rendah.

15.   Bertenang. Pada sesiapa yang kerap marah akan berisiko untuk mendapat strok dua kali ganda berbanding mereka yang sentiasa bersabar dan tenang. Jadi jika kamu ada masalah untuk kawal kemarahan, cubalah minyak ikan kerana lelaki yang cepat melenting, marah dan naik angin mempunyai kandungan kandungan DHA dalam darah yang rendah (DHA-salah satu lemak omega 3 yang diperolehi daripada minyak ikan).

16.    Makan buah beri. Anti oksidan di dalam buah beri seperti cranberries, blue berries, strawberi dan rasberi akan melindungi daripada strok, menajamkan fikiran dan dapat menghalangnya.

17.    Elakkan daripada panahan petir. Jauhkan diri anda daripada tandas semasa ribut yang kuat. Sekiranya terdapat panahan petir dalam lingkungan 20 meter dari rumah anda, ia bukan sahaja dapat merentasi masuk melalui peralatan elektrik dan telefon tetapi juga melalui saluran paip.

18.    Hidup di kawasan yang bebas asap (rokok). Bagi mereka yang menghidu asap rokok (perokok sekunder), mereka terdedah kepada kanser paru-paru dan meningkatkan risiko diabetis sebanyak 40 % sama seperti mereka yang mereka. Untuk selamat, jauhi golongan perokok. Bagi yang merokok, merokoklah dikawasan yang ditetapkan

19. Tambahkan percikan minyak zaitun dan cuka dalam salad. Monell Chemical Senses Centre di dalam laporannya menyatakan bahawa minyak zaitun mengurangkan risiko kanser. Bagi cuka pula, menggunakannya sebelum hidangan yang berkarbonat tinggi akan memperlahankan penyerapan karbohidrat ke dalam saluran darah. Ini akan menggelakkan kenaikkan kandungan gula dalam darah dan insulin.

20. Tingkatkan penampilan diri anda dan ia akan menyelamatkan anda. Penyelidik di Universiti Oslo, Norway mendapati bahawa tekanan  disebabkan oleh tekanan di tempat kerja kerana bebanan kerja yang melampau. Ini adalah cara-cara untuk mengurangkan tekanan dan pada pada masa yang sama meningkatkan kesihatan keseluruhan

  • Luangkan sedikit masa untuk bersenam. Sesiapa yang bersenam pada hari berkerja  akan mendapati mereka akan lebih produktif, lebih gembira dan kurang tekanan berbanding hari yang mereka tidak bersenam.
  • Kemudian bersenam di luar. Berdasarkan kepada kajian Universiti Essex, mereka yang bersenam di luar akan dapat mengurangkan kemurungan sebanyak 71%, manakala bagi senaman yang dilakukan dalam bangunan hanya dapat mengurangkan tekanan sebanyak 45% sahaja selepas senaman.
21.    Kurangkan pengambilan diet yang manis. Lelaki yang mempunyai diet yang mengandungi kurang manisan mempunyai paras kemurungan yang rendah dan juga mengurangkan risiko diabetes.

22.    Minum teh pudina. Teh pudina megandungi anti oksidan hesperidin yang kuat, yang dapat mengurangkan tekanan yang berkaitan dengan diabetis sebanyak 52 %. Berdasarkan kajian, disebabkan tiada kandungan kafein di dalam teh pudina, ia juga meningkatkan tahap kepekaan.

23.   Melintas di lampu isyarat atau lintasan zebra. Kebanyakkan masyarakat Malaysia kurang kisah atau peduli untuk melintas di kawasan lampu isyarat atau lintasan pejalan kaki. Ini boleh mengakibatkan kemalangan. Sekiranya tiada kedua-dua kemudahan tersebut, melintaslah dengan memandang kiri dan kanan serta tolong melintas di kawasan yang terang.

24. Melakukan pemeriksaan HIV. Lakukan pemeriksaan HIV dimana sekira ianya dikesan lebih awal ia akan dapat menyelamatkan nyawa dan memanjangkan usia anda. Cara yang lebih baik ialah mencegahnya terlebih dahulu.

25.    Tidur sekejap pada waktu tengahari. Luangkan masa untuk tempoh 30 min setiap hari dapat mengurangkan ancaman koronari sebanyak 30% sebagaimana yang dilaporkan oleh kajian dalam Archieves of Internal Medicine. Ia juga dapat mengurangkan tekanan yang boleh merosakan jantung. Tidur yang singkat pada waktu tengahari juga dapat untuk tempoh sekali atau dua kali seminggu dapat mengurangkan risiko tekanan dan ia juga dapat menyegarkan badan setelah penat berkerja.

26   Pelbagaikan menu hidangan. Saintis daripada Universiti Colorado menemui bahawa lelaki yang menikmati pelbagai pilihan buah-buahan dan sayur-sayuran akan dapat faedah untuk menentang kanser. Pelbagaikan pilihan anda dengan mencampurkan pelbagai jenis sayur-sayuran dan buah-buahan sama ada dari jenis tempatan ataupun luar negara.

27    Nikmati beberapa cawan kopi. Meminum 4 cawan kopi dapat mengurangkan risiko penyakit jantung sebanyak 53%. Nikmati kopi anda dengan tenang dan nikmati aroma kopi tersebut.


No comments:

Post a Comment