![]() |
Rakyat Iraq meraikan pengunduran tentera AS |
1. Presiden Amerika Syarikat, Barrack Obama semasa kempen Pilihanraya Presiden AS telah berjanji kepada para penyokongnya bahawa beliau akan membawa pulang trup AS di Iraq sekiranya beliau di pilih sebagai Presiden. Setelah beliau dipilih hampir 2 tahun menjadi presiden, pada 19 Ogos 2010, setelah 7 tahun 6 bulan Operation Iraqi Freedom dilancarkan oleh George W. Bush, tentera AS akhirnya dirundurkan dari Iraq dan menuju ke Kuwait. Trup terakhir yang meninggalkan Iraq adalah daripada Briged Ke 4 Stryker dengan mula memasuki Kuwait pada jam 0130 dengan membawa 14,000 anggotanya.
2. Operasi ketenteraan AS di Iraq telah meragut nyawa seramai 4,400 anggota tentera AS dan 10 ribu nyawa rakyat Iraq. Kadar kematian yang tinggi dikalangan anggota tentera AS merupakan salah satu faktor yang mendorong penarikan keluar dari Iraq dan juga gesaan dari rakyat AS sendiri terhadap perkara ini. Faktor ekonomi dan juga tujuan keperluan tentera AS di Iraq yang sentiasa dipersoalkan baik oleh orang awam dan anggota tenteranya juga merupakan faktor mengapa penarikan tentera AS dilaksanakan selain janji presidennya sendiri kempen beliau.

4. Setelah pengunduran ini, AS hanya menempat sejumlah bilangan tenteranya di Iraq dengan tujuan untuk membantu tentera Iraq bagi melatih dan mentadbir tentera mereka sendiri. Bantuan ini akan berakhir pada 2011 dimana segala urusan pertahanan akan diserahkan kepada kerajaan Iraq 100 peratus.

6. Secara perbandingannya kita dapat lihat bahawa konsep yang sama dilakukan oleh AS dalam kedua-dua peperangan yang mana sekiranya ianya tidak dapat dimenangi, nasib negara tersebut akan diserahkan kepada pemimpinnya. Iraq sebagaimana yang kita ketahui masih belum aman dan stabil sebagaimana ianya di bawah pemerintahan Saddam Hussein. Konflik agama yang melibatkan Syiah dan Sunnah, tuntutan wilayah oleh puak kurdish, pengeboman orang awam oleh pengebom berani mati telah menimbulkan pelbagai persoalan mengenai masa depan Iraq. Adakah ianya akan dapat bertahan atau ianya akan menjadi sebuah negara anarki masih menjadintanda tanya. Walau bagaimanapun tentera AS menyatakan bahawa pengunduran ini bukanlah penamat bagi operasi yang telah dijalankan. Walau apa pun kenyataan oleh AS, kita dapat lihat ianya seolah-olah AS memasuki negara yang berdaulat, menyingkirkan pemimpin yang dirasakan bakal menjadi ancaman kepadanya dan seterusnya menggantikan dengan apa yang dirasakan memihak kepada beliau. Sebagai contoh pandangan AS terhadap Iran, Venezuela, Cuba, Korea Utara dan Haiti dimana campurtangan AS secara jelas ditunjukkan terhadap hal ehwal dalaman negara-negara berkenaan.
7. Kita tunggu dan lihat bagaimana nasib Iraq setelah AS meninggalkannya dalam keadaan yang huru hara. Sebagai orang islam kita bersama-sama mendoakan agar bumi yang pernah melahirkan ramai wali-wali dan cendikiawan akan kembali aman.
No comments:
Post a Comment