Sunday 6 January 2013

Shot Gun Bagi Peperangan Moden




Pasti ramai yang tertanya mengapa senjata ini dijadikan sebagai pilihan untuk tajuk ini. Ramai yang menganggap shot gun ini sudah tidak relevan dengan keadaan semasa yang mana sekarang melibat senjata jarak jauh dan juga stand off weapon.

Jarak berkesan bagi senjata shot gun ini dalam lingkungan 40 meter hingga 200 meter (jarak maksima). Senjata ini semasa peperangan menentang insurgensi akan digunakan oleh anggota tinjau (recce squad) yang akan berada di hadapan sekali semasa bergerak. Senjata ini menggunakan peluru bebola yang dimasukan ke dalam satu sarung plastik dimana apabila peluru tersebut keluar dari laras ia akan bertaburan semakin jauh semakin luas taburannya. Ia sesuai digunakan dalam PMI kerana jarak penglihatan yang terhad dan tembakan yang terhad dan sekiranya terserempak dengan musuh ia mampu menumbangkan musuh dengan kemampuan pelurunya.

Namun setelah PKM meletakan senjata dan TDM telah beralih ke konsep CW, senjata ini seolah-olah tiada kepentingan dan hanya dikeluarkan untuk latihan menembak sekali sekala. Mungkin kerana kapasiti pelurunya hanya 7 hingga 10 butir peluru menyebabkan ianya tidak menjadi pilihan. Namun setelah kemampuan senjata ini seolah-olah tenggelam, peperangan di Iraq telah menaikan kembali penggunaan senjata shot gun ini dimana konflik di Iraq telah menggunakan peperangan OBUA dan CIW. Dalam peperangan tersebut, shot gun telah digunakan untuk memecahkan pintu bagi tujuan kemasukan, senjata ofensif dan juga sebagai senjata kawalan rusuhan.
 
AA-12.jpg
Senjata AA-12 keluaran Amerika Syarikat
Senjata ini juga telah diperbaharui dari segi kemampuan dimana senjata yang terbaru boleh dibuat pengisian peluru dengan menggunakan kelopak seperti senjata Saiga dan AA-12 yang mana sekaligus ia akan menambahkan kemampuan untuk menembak dalam jumlah yang banyak dan juga mengurangkan masa untuk isian semula. Ia juga dapat digunakan sebagaimana senjata raifal tempur biasa. Selain daripada itu, terdapat juga senjata shot gun yang dipasangkan dibawah laras senjata raifal tempur seperti senjata dimana ia digunakan sebagaimana yang telah saya nyatakan dan pada masa yang sama mengurangkan beban yang perlu di bawa anggota daripada membawa 2 senjata hanya membawa 1 platform sahaja. Ini menunjukan bahawa sistem dan teknologi lama masih relevan dengan peperangan moden pada masa kini. 

Senjata Saiga

PEO M26 MASS on M4 Carbine.jpg
M26 yang dipasang pada M4 Karbin


2 comments:

  1. salam . boleh saya tumpang tanya . adkah tuan menyertai operasi mengangkut penduduk temengor pada tahun 1967 . dimana empangan temengor dibina . jika tuan menyertai sudi tuan bercerita berkaitan dengan perkara tersebut atau bolehkan tuan menolong saya mencari sesiapa yang terlibat dalam operasi tersebt . kerjasama tuan amat saya hargai . saya nak buat kerja kursus sejarah empangan temengor untuk stpm saya .

    email saya sh_ikaanim@yahoo.com

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum..artikel ni sampai 2013 je ke? saya mmg minat nak tau sejarah ketenteraan ni..best..ada bberapa artikel yg sya save n nak print utk sbgai rujukan sbb baru je sertai wataniah..mmg nanti dorang akan bg nota..tp saja nak cari bnyak lagi artikel2 dari luar.

    ReplyDelete