Pada kali ini saya berhasrat untuk menulis mengenai cerita perang yang menceritakan peperangan Soviet - Afghanistan menurut kacamata mereka. Kita kerap menonton cerita perang yang dihasilkan oleh penebit dari Hollywood dan saya rasa jarang atau tidak pernah kita menonton cerita perang yang dikeluarkan oleh penerbit dari Russia. Sebenarnya cerita ini saya terjumpa secara tidak sengaja semasa mencari data mengenai penglibatan Soviet dalam peperangan Afghanistan. Tajuk cerita ini adalah 9th Company R(Russia-9 Pota).Cerita ini dihasilkan pada tahun 2005 hasil gabungan Russia-Finland-Ukrain yang diarahkan oleh Fyodor Bondarchuk. Cerita ini berdasarkan cerita benar menceritakan mengenai sekumpulan rekrut yang menjalani latihan untuk ditugaskan di Afghanistan semasa penghujung konflik tersebut. Semasa menjalani latihan mereka mengharungi latihan yang keras dan mencabar berbanding kompeni lain. Setelah menamatkan latihan, kumpulan rekrut ini dihantar ke Afghanistan dan ditugaskan ke pos-pos masing -masing. Bagi kompeni ke 9, mereka telah dihantar ke Bukit 3234 untuk mengawal laluan tentera Soviet daripada serangan pejuang Mujahiddin. Ia juga menceritakan kehidupan mereka di pos tersebut, cara layanan anggota lama ke atas anggota baru, kesan psikologi ke atas tentera Soviet sepanjang penugasan mereka dan keupayaan mujahidin pada pandangan Soviet. Dalan cerita ini, penamat kepada cerita ini adalah kompeni ini diserang secara besar-besaran oleh pejuang mujahidin di atas kemuncak bukit dan sepanjang pertempuran ini hanya seorang anggota sahaja yang terselamat. Pada keseluruhannya, ia merupakan sebuah cerita yang menarik untuk ditonton kerana ianya adalah cerita dari Russia menceritakan tentang sejarah mereka di Afghanistan menurut versi mereka. Ia juga menunjukkan peralatan tempur yang sebenarnya dari inventori Russia seperti Mi-24, BMP-2, BTR dan senjata api. Ia bukan yang 'dibuat' meggunakan peralatan lain agar seolah-olah peralatan Russia. Sekiranya ingin mendapatkan maklumat mengenai cerita ini boleh rujuk wikipedia dan ianya akan menerangkan kontroversi berhubung cerita ini dan kejadian sebenar pertempurn ini. Akhir kata selamat menonton.
Perkongsian mengenai maklumat teknologi ketenteraan dan juga kajian pertempuran.Enjoy it and no politic please
Sunday, 26 August 2012
Saturday, 4 August 2012
Kamov KA-50 - 'Jerung' di Langit
Kamov KA-50 'Black Shark' (Pengenalan NATO 'Hokum A' merupakan salah satu daripada helikopter penggempur Russia yang terdapat dalam inventori mereka. Ia merupakan helikopter penggempur satu tempat duduk, mempunyai kipas sepaksi arah bertentangan (contra rotating), tidak mempunyai kipas ekor. Salah satu daripada ciri-ciri istimewa helikopter ini adalah ia mempunyai kerusi lenting seperti yang terdapat pada pesawat pejuang dimana apabila kerusi itu diaktifkan, kipas akan tercabut, kanopi akan tercabut dari rangka pesawat.
KA-50 mula dibangunkan pada tahun 1987 semasa zaman pemerintahan Kesatuan Soviet pada tahun 1987 dan mula dipamerkan kepada umum pada tahun 1982. Ia dikatakan bakal menggantikan Mi-24 Hind yang mana dikatakan mempunyai saiz yang terlalu besar dan tidak mempunyai keupayaan untuk bermanuver di kawasan pertempuran yang sengit. KA-50 dicipta dengan mempunyai pelbagai sistem persenjataan seperti 23 mm pod roket (240 roket setiap satu pod), 12 x peluru berpandu anti kereta kebal VIKhR, Peluru berpandu udara ke udara Vympel R-73, roket S-8 dan S-13, Peluru berpandu udara ke darat panduan laser semi aktif Kh 25, 4 x bom 250 kg, 2 x bom 500 kg. Meriam yang digunakan adalah dari jenis Shipunoov 2A42 30 mm dengan 460 peluru (Perobek Armor atau Letupan Kuat-Frag). Apa yang unik mengenai meriam helikopter ini, ia tidak menggunakan sistem seperti helikopter penggempur yang lain dimana meriam dapat digerakan mengikut pergerakan helmet jurumeriam. Bagi sistem KA-50, ia menggunakan meriam yang berada di badn pesawat dan hanya boleh digerakan secara atas dan kebawah kerana pada pandangan pereka, ia dapat memberikan jarak yang lebih jauh dan lebih tepat berbanding sistem meriam yang boleh digerakan.
Rekaan dua kipas sepaksi menyebabkan kipas ekor tiada dan ini menyebabkan kotak gear untuk kipas tersebut tiada dan sekaligus menjadikan kawasan untuk bahagian kritikal enjin helikopter menjadi kecil untuk ditembak musuh. Selaini itu ia juga memberikan kelajuan kepada helikopter iaitu 315 km/j dan mampu melakukan gerakan roll dan barrel. Juruterbang juga akan mengawal, mencari sasaran dan memandu dan terdapat persoalan mengenai bebanan terhadap juruterbang. Tetapi ianya dikatakan peranan juruterbang helikopter ini adalah sama seperti juruterbang pesawat pejuang dengan penugasan menerbangkan, mencari sasaran dan pulang. Bagi mengurangkan bebanan juruterbang, satu versi lagi dikeluarkan dengan 2 tempat duduk iaitu Ka-52 dan dikenali sebagai Hokum B
| Kamov Ka-52 |
Disebabkan kelajuan ia dikatakan sesuai untuk penugasan memburu helikopter pejuang yang lain tetapi setakat ini tiada pertempuran sedemikian berlaku. Ia mula beroperasi dalam operasi tentera Russia di Chechnya.
Sunday, 15 July 2012
Multicam - Evolusi Terbaru Corak Loreng
| Corak Multicam |
Multicam adalah singkatan daripada Multicamouflage merupakan corak loreng terkini dalam inventori Tentera Darat Amerika. Ia mula diperkenalkan pada tahun 2010 semasa operasi Amerika di Afghanistan dan mula digunakan oleh Pasukan Khas. Corak ini direka oleh syarikat Crye Associates. Corak ini adalah untuk menggantikan corak Universal Camouflage Pattern (UCP) atau dikenali sebagai corak digital.
![]() |
| Corak yang sebati dengan persekitaran |
![]() |
| Corak UCP (kiri) yang tidak sesuai dengan keadaan persekitaran |
Penggantian corak UCP ke Multicam adalah disebabkan warna UCP yang berwarna kelabu dan ia tidak memberikan penyamaran yang baik terutamanya di kawasan pergunungan Afghanistan. Sebaliknya multicam telah mendapat maklumbalas yang memberangsangkan semasa ujiannya. Corak yang digunakan adalah corak yang tidak sekata dalam pelbagai saiz atau yang mengelarkannya sebagai coffee stain pattern. Ianya mempunyai tujuh warna iaitu dimana setiap warna mampu memberikan penyamaran yang baik disetiap keadaan muka bumi dimana ia mengelirukan pandangan manusia. Sebagai contoh apabila pengguna berdiri di kawasan hutan, padang pasir atau pergunungan, maka warna pada loreng tersebut seakan-akan menyembunyikan dan sebati dengan keadaan sekeliling.
| Multicam oleh tentera Russia |
Sebagaimana yang kita tahu, apabila tentera Amerika mengeluarkan loreng digital, maka berlumba-lumba negara lain untuk menggunakan corak tersebut dan Malaysia juga tidak ketinggalan dimana ujian mengenai corak tersebut telah dilaksanakan. Apabila corak multicam digunakan dan memberikan keputusan yang diluar jangkaan, terdapat negara yang telah menggunakan corak dan warna yang seakan akan sama dengan corak ini. Sebagai contoh, tentera Australia telah menggunakan multicam untuk pasukan khas mereka dan berpuas hati dan memohon dengan pengeluar untuk mengeluarkan corak ini secara berlesen. Tentera British juga telah menggunakan corak seakan - akan multicam tapi dikenali sebagai Multi Terrain Pattern (TMP) bagi kegunaan di Afghanistan. Russia dan lain-lain negara juga ada menggunakan corak ini dan ia dipercayai akan menjadi ikutan negara lain. Ini jelas menunjukan Kementerian Pertahanan Amerika mengambil berat terhadap pandangan anggota mereka dan berusaha untuk membaiki kesilapan mereka. Ini berikatan dengan pemilihan corak UCP yang dikatakan sebagai kesilapan yang terbesar mereka.
Bagi saya, corak loreng Malaysia iaitu corak Harimau Belang juga tidak kurang hebatnya. Ini kerana bila digunakan dikawasan hutan ia mampu menyamarkan penggunanya dengan baik terutama sekali apabila pakaian tersebut dalam keadaan basah. Kelemahn corak Harimau Belang adalah semasa penggunaan di kawasan terbina dimana warnanya yang direka untuk hutan jelas nampak tetapi setakat ini ia adalah corak yang bagus.
Hell In A Very Small Place - The Siege of Dien Bien Phu
Untuk entry kali ini saya nak mengulas dan membincangkan mengenai sebuah buku yang berkaitan dengan peperangan di Vietnam. Ia adalah sebuah buku yang membincangkan mengenai salah satu daripada pertempuran yang berlaku di Vietnam dan ianya masih menjadi satu topik dalam kajian sejarah ketenteraan. Buku ini ditulis oleh Benard B. Fall, seorang pengkaji mengenai sejarah Indochina dan juga sebagai seorang wartawan semasa Perang Vietnam-Amerika. Dia meninggal pada umur 40 pada 1967 semasa mengikuti rondaan tentera Amerika. Buku ini diterbitkan oleh Da Capo Press dan ia setebal 515 muka surat dan terbahagi kepada 12 bab.
Buku ini menceritakan sejarah penglibatan Perancis di Vietnam. Ia juga menceritakan mengenai Dien Bien Phu seperti keadaan geografi sebelum tentera Perancis menduduki kawasan tersebut, bagaimana ia mendapat nama Dien Bien Phu. Sehingga kini, ramai pengkaji ketenteraan bahawa kawasan tersebut adalah tidak sesuai dari segi taktikal kerana kedudukan yang dikelilingi oleh gunung dan ia juga adalah seperti kawah dimana ia akan menjadi sasaran mudah untuk tembakan artileri dan mortar. Ia juga dikatakan kesilapan pencaturan Tentera Perancis yang teruk kerana kekalahan Perancis di Dien Phu mengakibatkan pengunduran Perancis dari Indochina. Ia juga merupakan operasi yang menggunakan pasukan payung terjun secara besar - besaran.
Dalam buku ini juga menyatakan bahawa Amerika Syarikat sebenarnya telah memantau pertempuran ini dengan menghantar pesawat pengintip dan pada masa yang sama Perancis memohon untuk mendapatkan pesawat pengebom B-29 bagi mengebom laluan logistik dan kedudukan Viet Minh tetapi gagal kerana Amerika masih terlibat dengan pertempuran di Semenanjung Korea.
Rumusan yang boleh dibuat, buku ini merupakan sebuah bacaan yang hebat dimana ia melihatkan bagaimana taktik kedua belah pihak dan pada masa yang sama kita melihat bagaimana perbezaan strategi antara Perancis dan British menangani isu Komunisme di negara jajahan mereka.
Thursday, 7 June 2012
RPZ CONDOR 'THE OLD FAITHFUL WORKHORSE'
Condor merupakan kenderaan pengangkut anggota (APC) yang mana ia berperanan untuk membawa anggota ke medan tempur atau juga dikenali sebagai battle taxi. Selain daripada mengangkut anggota ke medan pertempuran, ia juga berperanan untuk memberikan bantuan tembakan semasa serangan dilaksanakan, pengiring konvoi atau sebagai kenderaan peninjau. Terdapat 5 versi kenderaan Condor dalam TD iaitu kenderaan pengangkut anggota (APC), kenderaan pengangkut mortar (AMC), kenderaan pemerintah (ACV), kenderaan ambulan (AMB), kenderaan anti kereta kebal (AKK) dan juga kenderaan pembaikan (AVF). Manakala bagi sistem persenjataan pula, kenderaan APC dilengkapi dengan turet jenis TH-1 yang diperlengkapkan dengan senjata twin GPMG (General Purpose Machine Gun) dan 1 laras GPMG sebagai senjata Rear Gunner. Manakala bagi kenderaan anti kereta kebal ia dilengkapi turet dengan persenjataan selaras 20 mm Oerlinkon sebagai senjata anti armor dan GPMG sepaksi. Manakala bagi lain-lain versi, ia hanya dilengkapi dengan selaras GPMG pada kupola. Perisainya pula adalah dari jenis armoured steel yang mampu memberi perlindungan daripada peluru 7.62mm. Condor mempunyai berat kosong 9 tan dan berat tempur 12.4 tan. Kenderaan ini mampu berenang dengan kelajuan dalam air + 10 km/j. Ia mampu membawa 10 trup dan 2 krew. Ia juga menggunakan sistem transmisi 8 kelajuan secara manual.
Berdasarkan kepada tahun pembelian Condor pada tahun 1981, usia kenderaan tersebut telah mencecah 30 tahun dan ianya tentunya tidak mampu memberikan perkhidmatan sebagaimana semasa ia mula dibeli kerana sepanjang tempoh tersebut, ia telah digunakan secara lasak. Selain itu, sistem persenjataan pada kenderaan tersebut iaitu GPMG 7.62 mm boleh dikatakan tidak sesuai untuk digunakan bagi peperangan pada masa kini memandangkan sistem armor yang terdapat kenderaan perisai sekarang mampu menahan peluru yang berkaliber lebih daripada 12.7 mm. Selain itu juga kita perlu melihat ancaman semasa pembelian kenderaan ini adalah sewaktu negara menentang insurgensi dan penggunaan senjata pada kenderaan tersebut adalah dianggap sesuai dengan ancaman pada ketika itu. Selain daripada itu, sistem kawalan pada turret menggunakan kawalan secara manual dan ini mengurangkan kadar tindak balas krew terhadap ancaman berbanding menggunakan kawalan secara automatik.
Walau terdapat kekurangan pada kenderaan ini, ia tidak menjejaskan kemampuan pasukan TDM sebagaimana yang ditunjukan dalam pertempuran Pasar Bakara, Somalia dimana Condor telah diarahkan untuk melaksanakan operasi menyelamat anggota US Ranger yang terkepung semasa melaksanakan penugasan mencari Jeneral Farah Aidid. Dalam pertempuran tersebut sebuah Condor telah ditembak oleh militia Somalia menggunakan RPG dimana ia telah menembusi cermin hadapan crew compartment dan telah mengorbankan Kpl Aznam. Selain daripada itu, kenderaan ini dapat diaturgerakan dengan pantas ke mana sahaja kerana ia menggunakan roda berbanding runut yang perlu diangkut menggunakan kenderaan loader. Selain itu, ia juga senyap dan menurut 'orang - orang lama' dalam satu latihan, kenderaan ini mampu merapati kawasan musuh tanpa disedari kerana ianya senyap.
Masanya telah sesuai untuk TD menggantikan Condor dengan kenderaan baru. Ia bagi memastikan peranan armor dan mekanize mampu digunakan sepenuhnya kelak.
| Kenderaan V-150 Commando |
RPZ Condor atau nama penuhnya Radpanzer Condor 4x4 APC atau lebih dikenali dikalangan krew sebagai Condor merupakan kenderaan berperisai yang digunakan dalam perkhidmatan TDM. Kenderaan ini dikeluarkan oleh syarikat Thyssen Henschel, Jerman Barat. Ia digunakan oleh Kor Armor Diraja dan juga pasukan Infantri Mekanize. Berdasarkan maklumat yang diperolehi dalam Jane's Tanks and Combat Vehicles Recognition Guide, kenderaan Condor mula digunakan pada 1981 oleh Kor Armor Diraja dan seterusnya pasukan Infantri Mekanize bagi menggantikan kenderaan Cadilac Cage V-150 Commando.
| Condor APC dalam warna PBB |
Walau terdapat kekurangan pada kenderaan ini, ia tidak menjejaskan kemampuan pasukan TDM sebagaimana yang ditunjukan dalam pertempuran Pasar Bakara, Somalia dimana Condor telah diarahkan untuk melaksanakan operasi menyelamat anggota US Ranger yang terkepung semasa melaksanakan penugasan mencari Jeneral Farah Aidid. Dalam pertempuran tersebut sebuah Condor telah ditembak oleh militia Somalia menggunakan RPG dimana ia telah menembusi cermin hadapan crew compartment dan telah mengorbankan Kpl Aznam. Selain daripada itu, kenderaan ini dapat diaturgerakan dengan pantas ke mana sahaja kerana ia menggunakan roda berbanding runut yang perlu diangkut menggunakan kenderaan loader. Selain itu, ia juga senyap dan menurut 'orang - orang lama' dalam satu latihan, kenderaan ini mampu merapati kawasan musuh tanpa disedari kerana ianya senyap.
Masanya telah sesuai untuk TD menggantikan Condor dengan kenderaan baru. Ia bagi memastikan peranan armor dan mekanize mampu digunakan sepenuhnya kelak.
Tuesday, 8 May 2012
ISU PEMBELIAN PERALATAN PERTAHANAN DAN POLITIK
| Isu hangat suatu masa dahulu - Pembelian Kapal Selam |
Kebelakangan ini terdapat banyak rungutan dan juga berita serta komen-komen mengenai pembelian peralatan pertahanan yang dilaksanakan oleh ATM. Pembelian ini banyak melibatkan komen yang berbaur politik dan dijadikan sebagai modal oleh sesetengah ahli politik sebagai bahan kempen mereka.
Selain daripada itu, mereka juga perlu membaca atau mengkaji sejarah sesuatu pertempuran dan daripada hsil kajian tersebutlah mereka akan dapat mengetahui kenapa sesuatu peralatan diperlukan. Sebagai contoh apabila TLDM membeli Scorpene pelbagai lontaran negatif diberikan danada yang mengatakan bahawa pembaziran telah dibuat. Jadi suka saya untuk membawa ke zaman Perang Dunia Kedua dimana kapal selam Jerman atau U Boat telah menjadi senjata yang mampu menggugat dan hampir - hampir menyebabkan England kalah. Selain itu semasa Perang Falkland, apabila British menghantar kapal selamnya dan berjaya menenggelamkan kapal perang Argentina iaitu Belgrano, ia seolah-olah mengubah senario pertempuran laut antara Argentina dan British disamping itu menyebabkan bekalan logistik Argentina gagal dihantar ke trup - trup mereka di Kepulauan Falkland walhal jarak mereka adalah dekat.
Keperluan peralatan pertahanan bukan sesuatu isu yang boleh dipermain-mainkan. Ianya perlu dipersiapkan kepada setiap cabang perkhidmatan ATM bagi memastikan tugas mempertahankan negara dapat dilakukan dengan baik dan berkesan. Saya pasti kenapa ahli politik mempertikaikan pembelian peralatan pertahanan sebagaimana isu penggantian NURI adalah kerana tiada saudara mereka yang berkhidmatan atau terlibat dalam kemalangan yang melibatkan helikopter tersebut. Sekiranya ada pasti nada mereka berubah.
Tidak semua ahli politik berfikiran demikian. Ada yang mengambil berat mengenai pertahanan negara. Kalau dilihat pembelian persenjataan oleh negara jiran tidak dijadikan sebagai satu isu politik kerana mereka mengetahui tujuan dan kepentingan pembelian tersebut. jadi ahli politik, fikirlah apa yang anda mampu buat sebelum negara diheret ke medan peerang kerana pemikiran yang tidak membantu pertahanan negara.
Sunday, 6 May 2012
Antara M4, Steyr dan M16, Mana Satu Yang Paling Best
(Artikel ini dibuat adalah berdasarkan kepada penilaian penulis sendiri dan tidak melibatkan mana pengaruh dari parti politik atau orang perseorangan. Jadi bacalah dengan senang dan tenang)
ATM terutamanya Tentera Darat Malaysia (TDM) telah menggunakan beberapa jenis senjata tempur sehingga kini. Artikel mengenai senjata yang digunakan oleh TDM juga ada menerangkan mengenai perkara ini. Sebelum menggunakan M-4 ini, TDM telah menggunakan senjata tempur yang pendek dan dari jenis Bullpup iaitu Steyr AUG A1 dan sebelumnya menggunakan M-16 A1. Saya pernah menggunakan ketiga-tiga jenis senjata ini dan setiap senjata ini mempunyai kelebihan masing-masing.
| Tentera Austria dan Senjata Steyr |
Jadi pada dasarnya semua senjata ini mempunyai sifat-sifat tersendiri. Saya suka menggunakan M-16 kerana kelasakannya manakala saya juga suka menggunakan Steyr kerana rekabentuknya manakala M-4 kerana ianya ringan. Pendek kata semua senjata saya suka tetapi yang paling saya suka adalah M-16 komando.
Subscribe to:
Posts (Atom)


