(Artikel ini dibuat adalah berdasarkan kepada penilaian penulis sendiri dan tidak melibatkan mana pengaruh dari parti politik atau orang perseorangan. Jadi bacalah dengan senang dan tenang)
ATM terutamanya Tentera Darat Malaysia (TDM) telah menggunakan beberapa jenis senjata tempur sehingga kini. Artikel mengenai senjata yang digunakan oleh TDM juga ada menerangkan mengenai perkara ini. Sebelum menggunakan M-4 ini, TDM telah menggunakan senjata tempur yang pendek dan dari jenis Bullpup iaitu Steyr AUG A1 dan sebelumnya menggunakan M-16 A1. Saya pernah menggunakan ketiga-tiga jenis senjata ini dan setiap senjata ini mempunyai kelebihan masing-masing.
Senjata M-16 ini digunakan oleh TDM semasa era menentang pengganas komunis dan ia digunakan sehingga tahun 2000. Senjata ini senang untuk digunakan dan ianya juga adalah lasak. Ia dibuat daripada plastik dan juga besi. Ia mempunyai panjang 986mm dan berat 2.9 kg. Apa yang dimaksudkan dengan lasak senjata ini adalah ia mampu menahan penggunaan yang melampau seperti dijadikan kayu tongkat semasa menaiki bukit (cara yang salah tapi itu je bantuan yang ada), membuka laluan dikawasan semak. Ia juga senang digunakan semasa latihan pertempuran menggunakan benet kerana panjang senjata tersebut yang sesuai digunakan semasa pertempuran benet.
Manakala Steyr AUG digunakan oleh TDM dipenghujung tahun 1990-an. Ia digunakan oleh TDM untuk menggantikan senjata M-16. Ia dikatakan dipilih kerana panjang senjata ini yang pendek sedikit daripada iaitu 805 mm tetapi ianya mempunyai berat yang lebih sedikit daripada M-16 iaitu 3.8 kg. Senjata ini dibuat daripada plastik polimer dan juga besi. Rekabentuknya juga amat futurisik dimana semasa mula melihatnya ia seakan-akan senjata dari angkasa lepas. Ini kerana senjata ini mempunyai tangkai pemegang yang dilengkapi dengan pajera berkekuatan 1.5 x pembesaran dan juga senjata ini menggunakan rekabentuk bullpup dimana kelopak peluru akan diisikan dibelakang. Namun senjata ini mempunyai kelemahannya tersendiri iaitu gas regulator dan penutup but senjata yang senang tercabut apabila ianya tidak dipasang dengan betul selepas mencuci senjata dan ianya bukan mudah untuk dicari kerana saiznya yang kecil. Selain daripada itu, sekiranya menembak dengan jumlah peluru yang banyak, ia akan menyebabkan rasa tidak selesa untuk menembak kerana ia tidak mempunyai mengadang laras sebagaimana senjata M-4 yang boleh menghalang rasa panas laras senjata.
Tentera Austria dan Senjata Steyr |
Senjata M-4 adalah merupakan senjata yang dikatakan dicipta hasil daripada evolusi senjata M-6 tetapi ia mempunyai panjang dan berat yang berlainan daripada M-16. Ia mempunyai panjang 840 mm dengan udi dibuka dan berat 2.5 kg. Apa yang membezakan M-4 dengan M-16 adalah senjata ini mempunyai udi yang boleh tarik dan juga pemegang yang boleh dicabut dan dipasang dengan lain-lain aksesori pada landasan picanity seperti ACOG atau Red Dot. Jarak berkesan senjata ini adalah sejauh 360 mm kerana larasnya yang pendek. Pada dasarnya senjata ini sesuai untuk digunakan untuk pertempuran jarak dekat (CQB). Setakat ini tiada masalah yang boleh dihubungkan dengan senjata.
Jadi pada dasarnya semua senjata ini mempunyai sifat-sifat tersendiri. Saya suka menggunakan M-16 kerana kelasakannya manakala saya juga suka menggunakan Steyr kerana rekabentuknya manakala M-4 kerana ianya ringan. Pendek kata semua senjata saya suka tetapi yang paling saya suka adalah M-16 komando.
Berharap sgt nak tgk ATM tkar Colt M4 Carbine kpd FN Scar Carbine. Senjata jnis Bullpup sbb berat snjata jnis ni lebih seimbang.
ReplyDeleteP/s: Sy hanya ahli PKBM Darat & pernah menembak dgn AR15 (nama popularnya M16) & Steyr AUG.
Saya pn pkbm darat 2011-2013
DeleteMcm tk berapa nal betul je fakta tu..tp tkpe..nama pun pendapat..Di dalam pertempuran biasanya kita tidak ada pilihan...asalkan peluru ke depan ianya sudah cukup bagus... Yg paling diutamakan adalah setiap penembak harus MAHIR mengendalikan senjata yg digunakan..TQ
ReplyDeleteBagaimana pula..dgn keselamatan mengendalikan peluru dan kelopak..?
ReplyDeleteDalam latihan pengendalian senjata dah diajar bagaimana nak menjaga kelopak dan juga menjaga peluru. Salah satunya kelopak tidak boleh diisi sehingga penuh melebihi peluru yang dibekalkan utk menjaga spring kelopak, peluru hendaklah dibesihkan dari habuk dan pasir dan pelbagai lagi,,,, Pasal pendapat tu, ini adalah apa yang saya alami sendiri, Saya pernah guna M16, kemudian styer dan seterusnya M4....
ReplyDeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeleteklw pakai AK-47 pon o.k jugak yg model terbaru.sesekali try yg russia kn.hnya cdangan.
ReplyDeleteUntuk CW dan CIW, saya prefer M4. Mudah utk mobility dan Kesan tembakannya tidak kurang hebatnya.
ReplyDeleteHarga sebenar m4 lbh kurang usd 600> tp knapa harga di sini rm6000>?
ReplyDeleteSy cadangkan pasukan keselamatn pdrm.atm cuba juga guna Ak12
ReplyDeleteSejak tamat WW2, bapak kepada ATM kita cuma tukar SEKALI sahaja rufel tempur, ia itu dari 7.62MM FN SLR, kepada SA80. Mak datuk!!! - ATM kita pula tukar dari awal 60an telah menggunakan 7.62MM FN SLR, TUKAR kepada M16A1, Baretta AR70, HK33 (semua dalam awal 70an),kemudian Styer AUG A1 dan sekarang M4. Berapa banyak tukar dah������???
ReplyDeleteSejak tamat WW2, Tentera British iaitu bapak kepada ATM kita cuma tukar SEKALI sahaja rifel tempur, ia itu dari 7.62mm FN SLR, kepada SA80. Mak datuk!!! - ATM kita pula tukar dari awal 60an telah menggunakan 7.62mm FN SLR, TUKAR kepada M16A1, Baretta AR70, HK33 (semua dalam awal 70an),kemudian Styer AUG A1 dan sekarang M4. Berapa banyak tukar dah������???
ReplyDeleteM4 memang pilihan yang baik,tapi senjata ini cepat panas dalam pertempuran yang panjang.Tentera kita perlu senjata yang lebih tahan lasak,syarikat Russia ada menawar perbagai model dalam perbagai jenis size peluru.Senjata Kalashnikov dijamin boleh berfungsi walaupun setelah menembak 1,500 butir peluru dalam satu masa,penjagaan pun amat mudah.
ReplyDeleteSenjata Russia murah dan lasak.Model baru lebih ringan dan lebih tepat.Perlu buat penilaian baru agar setanding dgn negara jiran.
ReplyDeleteAPA YANG KO MEREPEK NI...TAPI IALAH PENDAPAT..STEYR TOTALLY OUT...AKU PENGGUNA TEGAR 1997-2009..ITU SAMPAH
ReplyDelete