Lagu ini merupakan lagu istiadat Tentera Jerman bagi upacara pengebumian anggota mereka. Ia ditulis oleh Ludwig Uhland pada tahun 1809 dan dijadikan bentuk musik oleh seorang komposer, Friedrich Silcher pada 1825. Ia menarik perhatian saya kerana liriknya yang menunjukkan pentingnya persahabatan bagi seorang tentera. Persahabatan merupakan suatu perkara yang penting dalam tentera.
Perkongsian mengenai maklumat teknologi ketenteraan dan juga kajian pertempuran.Enjoy it and no politic please
Monday, 2 December 2013
Sunday, 6 January 2013
Shot Gun Bagi Peperangan Moden
Pasti ramai yang tertanya mengapa senjata ini dijadikan sebagai pilihan untuk tajuk ini. Ramai yang menganggap shot gun ini sudah tidak relevan dengan keadaan semasa yang mana sekarang melibat senjata jarak jauh dan juga stand off weapon.
Jarak berkesan bagi senjata shot gun ini dalam lingkungan 40 meter hingga 200 meter (jarak maksima). Senjata ini semasa peperangan menentang insurgensi akan digunakan oleh anggota tinjau (recce squad) yang akan berada di hadapan sekali semasa bergerak. Senjata ini menggunakan peluru bebola yang dimasukan ke dalam satu sarung plastik dimana apabila peluru tersebut keluar dari laras ia akan bertaburan semakin jauh semakin luas taburannya. Ia sesuai digunakan dalam PMI kerana jarak penglihatan yang terhad dan tembakan yang terhad dan sekiranya terserempak dengan musuh ia mampu menumbangkan musuh dengan kemampuan pelurunya.
Senjata ini juga telah diperbaharui dari segi kemampuan dimana senjata yang terbaru boleh dibuat pengisian peluru dengan menggunakan kelopak seperti senjata Saiga dan AA-12 yang mana sekaligus ia akan menambahkan kemampuan untuk menembak dalam jumlah yang banyak dan juga mengurangkan masa untuk isian semula. Ia juga dapat digunakan sebagaimana senjata raifal tempur biasa. Selain daripada itu, terdapat juga senjata shot gun yang dipasangkan dibawah laras senjata raifal tempur seperti senjata dimana ia digunakan sebagaimana yang telah saya nyatakan dan pada masa yang sama mengurangkan beban yang perlu di bawa anggota daripada membawa 2 senjata hanya membawa 1 platform sahaja. Ini menunjukan bahawa sistem dan teknologi lama masih relevan dengan peperangan moden pada masa kini.
Namun setelah PKM meletakan senjata dan TDM telah beralih ke konsep CW, senjata ini seolah-olah tiada kepentingan dan hanya dikeluarkan untuk latihan menembak sekali sekala. Mungkin kerana kapasiti pelurunya hanya 7 hingga 10 butir peluru menyebabkan ianya tidak menjadi pilihan. Namun setelah kemampuan senjata ini seolah-olah tenggelam, peperangan di Iraq telah menaikan kembali penggunaan senjata shot gun ini dimana konflik di Iraq telah menggunakan peperangan OBUA dan CIW. Dalam peperangan tersebut, shot gun telah digunakan untuk memecahkan pintu bagi tujuan kemasukan, senjata ofensif dan juga sebagai senjata kawalan rusuhan.
Senjata AA-12 keluaran Amerika Syarikat |
Subscribe to:
Posts (Atom)