Apa Itu Tentera Marin
Tentera Marin boleh didefinasikan sebagai Infantri kepada Tentera Laut. Berdasarkan kepada sejarah, semasa empayar Eropah pada suatu ketika berlumba-lumba membesarkan empayar jajahan mereka dengan menjalankan penerokaan tempat dan kawasan baru menyebabkan mereka mengaturgerakan kapal-kapal tentera laut mereka bagi mencari jajahan baru. Di atas keperluan tersebut, tentera marin diperlukan atau ditubuhkan untuk mengawal keselamatan kapal-kapal daripada berlakunya dahagi oleh anak-anak kapal. Selain daripada itu, tentera marin diperlukan untuk melaksanakan serangan ke atas kapal musuh semasa berlakunya pertempuran antara kapal. Ia juga bertindak untuk melaksanakan serangan ke kawasan pantai. Jika diperhatikan berdasarkan hubungan tentera marin dan sejarah, maka kita akan dapati bahawa kebanyakan negara yang pernah memiliki tanah jajahan yang luas mereka secara amnya akan memiliki tentera marin dan ianya masih diteruskan sehingga sekarang. Tentera marin biasanya akan diletakan di bawah pemerintahan Tentera Laut kecuali Tentera Marin Perancis yang diletakan di bawah pemerintahan Tentera Darat.
Marin Amerika semasa serangan di Iwo Jima |
Bersesuaian dengan penugasan tentera marin di abad sekarang, penugasan tentera marin tidak kurangnya pentingnya. Bagi penugasan tentera marin sekarang adalah sama seperti tentera marin pada zaman dahulu kerana pada amnya tentera marin adalah satu pasukan yang mahir di dalam peperangan amfibia. Tentera marin pada masa sekarang adalah diperlukan untuk melaksanakan serangan ke atas kedudukan musuh di kawasan pantai atau lebih tepat mereka akan membuka laluan untuk pasukan yang lain untuk meneruskan operasi ke dalam kawasan musuh ataupun sebagai pasukan ekspedisi (expedition force). Selain itu, pasukan marin juga pada masa sekarang adalah menjaga keselamatan kapal-kapal perang terutama kapal pengangkut pesawat sepertimana yang dilaksanakan oleh tentera marin Amerika Syarikat.
Jika diperhatikan, penugasan tentera marin adalah sama seperti penugasan tentera darat dimana kelengkapan dan juga organisasi/kor adalah sama. Ini bermakna mereka akan mempunyai pasukan infantri, semboyan, artileri, armor dan juga bantuan khidmat seperti logistik dan jurutera, cawangan udara dan sebagainya.
Tentera Marin untuk ATM
Jika diperhatikan, kebanyakkan negara di Asia Tenggara mempunyai tentera marin seperti Indonesia, Filipina dan Thailand. Bagi negara Thailand dan Filipina adalah sebuah negara yang mempunyai banyak pulau-pulau dan tentera marin adalah bersesuaian untuk melaksanakan tugas menjaga kawasan litoral. Bagi Malaysia pula, setakat ini tiada keperluan untuk mewujudkan tentera marin. Ini adalah kerana berdasarkan kepada bentuk geogarafi muka bumi Malaysia yang tidak mempunyai banyak pulau dan ianya masih mampu dipertanggungjawabkan kepada TLDM, TUDM dan lain-lain agensi keselamatan untuk memantau keselamatan kawasan perairan Malaysia. Selain itu, kos untuk menubuhkan tentera marin adalah tinggi kerana ia melibatkan penubuhan yang sama dengan menubuhkan satu pasukan Tentera Darat yang mana ia perlu menubuhkan infantri, artileri dan sebagainya. Ia akan melibatkan keperluan logistik yang tinggi dimana ia akan melibatkan mewujudkan organisasi yang baru, persenjataan dan juga pusat latihan untuk latihan mereka yang tersendiri bersesuaian dengan peranan mereka yang lebih kepada peperangan amfibia.
Kenderaan Armor Amfibia Tentera Marin |
No comments:
Post a Comment