| Sukhoi SU-25 Frogfoot |
Setakat ini kebanyakan kita hanya mengetahui bahawa helikopter saja yang direka bertujuan untuk menjadi pemusnah kereta kebal seperti AH-64 Apache, Mi - 28, Tiger, AH-1 Cobra dan banyak lagi. Namun terdapat 2 jenis kapal terbang yang direka dengan penugasan khas untuk memburu dan mmusnahkan kerta kebal iaitu Fairchild Republic A-10 Thunderbolt II dan Sukhoi SU-25 Frogfoot. Keperluan untuk pesawat pejuang yang mempunyai penugasan sebagai pesawat pemusnah kereta kebal. Antara pesawat yang terawal yang ditugaskan untuk penugasan sebagai pemusnah kereta kebal adalah Junker Stuka yang dilengkapi meriam 20 mm dan juga Il-2. Kemudian kajian dan penyelidikan telah dilaksanakan sehingga terciptanya 2 pesawat ini yang mana ianya masih digunakan sehingga sekarang.
Fairchild Republic A-10 Thunderbolt II
| Sistem Senjata 30 mm |
Sukhoi SU-25 Frogfoot
| Kesan Tembakan terhadap pesawat |
Su-25 juga merupakan sebuah pesawat yang direka untuk memberi bantuan rapat kepada pasukan darat Rusia.Ia memulakan penerbangan pada 1975 dan pengeluaran bermula pada 1978. Rekabentuk pesawat tersebut sama seperti pesawat moden yang lain kecuali ia dilengkapi dengan lapisan armor yang tebal untuk perlindungan dari tembakan dari darat dan juga ia amat lasak dengan struktur yang kukuh untuk penggunaan yang lasak. Persenjataan pada pesawat ini adalah meriam 30 mm GSh - N, peluru berpandu, bom jatuh bebas dan juga bom panduan laser dan TV. Ia dikatakan lebih laju daripada saingannya iaitu A-10. Ruangan juruterbang bagi Su-25 juga dibuat dari titanium yang mampu memberi perlindungan kepada juruterbang. Pesawat ini banyak digunakan oleh Rusia, CIS dan juga sekutu-sekutu WARSAW pada zaman Kesatuan Soviet. Ia mempunyai rekod yang cemerlang semasa pertempuran.
nak tukar jadik pilot plak ke...
ReplyDelete