UH-60 Blackhawk |
Minggu lepas saya ada menonton dokumentari bertajuk 'Inside Afghan ER'. Ia menceritakan bagaimana casevac dan medevac dilakukan oleh tentera Amerika di Kem Solerno, Afghanistan yang menggunakan helikopter dan juga suasana yang dihadapi oleh mereka seharian dalam menghadapi tentangan oleh Taliban. Dalam dokumentari tersebut apa yang mengagumkan saya adalah mereka mempunyai helikopter yang khas hanya untuk dijadikan ambulan udara. Ini memudahkan operasi casevac dan medevac dilaksanakan dengan cepat.
Hubungan 'intim' antara ATM dengan helikopter telah wujud semasa era insurgensi. Berdasarkan kepada cerita 'orang-orang lama' helikopter adalah penyambung nyawa dan juga hubungan mereka dengan dunia luar semasa beroperasi dalam hutan. Ketibaan Nuri akan ditunggu dengan penuh harapan kerana ia membawa ration, surat dan lain-lain barang semasa resup (resupply). Apabila Nuri tidak sampai kerana delay disebabkan oleh faktor cuaca atau lain-lain yang tidak dapat dielakan, maka berlaparlah mereka dalam hutan dan makan apa yang ada. Selain itu, apa yang selalu dinantikan bagi ketibaan Nuri adalah apabila ada anggota yang cedera dan memerlukan pemindahan segera, Nuri merupakan harapan mereka walaupun terpaksa membuka Landing Point yang baru di tengah hutan. Anggota yang cedera akan dibawa menggunakan Nuri dan ini meyebabkan pilot helikopter sangat di hormati kerana ada yang sanggup mengambil anggota yang cedera sewaktu peluru musuh bersimpang siur. Selain itu, ada insiden dimana serangan hendap di Kroh oleh anggota PGK yang memusnahkan kenderaan perisai TD (V-150), Alouette Gunship yang bersenjatakan meriam 20 mm telah memberikan bantuan tembakan dengan menembak ke arah PGK dan ianya menyelamatkan ramai anggota TD pada ketika itu. Cerita lanjut mengenai kisah ini boleh dibaca melalui post yang bertajuk Serang Hendap Baling-Kroh di blog jotting of an xnuripilot.
Helikoper mula di gunakan oleh Perancis semasa konflik di Algeria pada tahun 1954 dan seterusnya ianya digunakan secara meluas oleh Amerika semasa Perang Vietnam. Para pengkaji ketenteraan mengakui bahawa helikopter mempunyai banyak kegunaan dan kelebihan taktikal yang mana mampu bergerak ke satu tempat dengan lebih cepat, membawa bebanan lebih banyak dan mampu memberikan lebih maklumat. Sebagai contoh, Perancis menggunakan helikopter untuk mengangkut trup dengan menurunkan mereka dihadapan musuh mereka, sebagai ambulan dan juga mengangkut kargo ke kawasan yang mempunyai muka bumi yang sukar. Tentera Malaysia juga menggunakan helikopter secara intensif semasa penglibatan menentang insurgensi kerana keadaan muka bumi yang bergunung ganang dan hutan yang mana pergerakan menggunakan kenderaan darat adalah sukar.
Berdasarkan kepada keadaan peperangan sekarang serta bentuk ancaman yang telah berubah, sepatutnya kita perlu mempunyai beberapa jenis helikopter untuk kegunaan tentera (ini pandangan saya sahaja). Kategori helikopter yang dirasakan perlu untuk adalah:
- Helikopter Penggempur. Ia mula diperkenalkan semasa Perang Vietnam oleh Amerika. Helikopter pertama ialah AH-1 Cobra. Ia direka sebagai gunship helikopter untuk melaksanakan serangan terhadap kedudukan Vietcong serta sebagai pengiring kepada helikopter pengangkut semasa ke kawasan operasi. Ia juga digunakan untuk memusnahkan kereta kebal Vietnam Utara. Sebelum ini terdapat juga gunship helikopter, tetapi ianya adalah helikopter yang pengangkut yang dipasang senjata seperti UH-1, alouette, Gazelle dan banyak lagi
AH-1 Cobra |
Selepas Cobra dikenalkan, Mi-24 Hind diperkenalkan oleh Soviet pada tahun 1972. Ia juga dikenali sebagai flying tank. Ia mempunyai kemampuan untuk melaksanakan tugasan helikopter penyerang dan juga sebagai pengangkut trup untuk 8 orang infantri.
MI - 24 Hind |
- Helikopter Pengangkut/Perubatan. memandangkan usia Nuri yang dah tua, kita sepatutnya telah memiliki heli yang baru dan dilengkapi dengan sistem terkini. Penggantian Nuri harus dilaksanakan dengan segera kerana ia telah digunakan dengan lasaknya sejak tahun 1960-an lagi. Keperluan untuk helikopter pengangkut yang baru tidak dapat dinafikan lagi. Selain daripada helikopter pengangkut, keperluan untuk helikopter perubatan atau ambulan udara diperlukan sebagaimana yang kita lihat dalam tentera luar negara. Helikopter jenis ini mempunyai kemampuan yang lain kerana ia mampu mengisi pengusung dan lain-lain peralatan perubatan.
Keperluan helikopter tidak lagi dinafikan kepentingannya. Ia mempunya keupayaan yang tiada pesawat kepak kaku (kapalterbang). Kita perlu belajar dari pengalaman kita yang lepas dan juga pengalaman orang lain bahawa helikopter membawa banyak jasa dan masih menjadi suatu yang amat penting.