Mortar ataupun lebih dikenali oleh orang - orang lama sebagai meriam katak merupakan senjata yang terdapat dalam inventori pasukan infantri. Ia mempunyi kuasa tembakan seperti artileri tetapi dengan kuasa letupan yang kurang.
Mortar merupakan senjata yang menggunakan konsep londaran dimana bom yang ditembak mempunyai halaju yang rendah, jarak yang dekat, sudut dongakan yang tinggi, mampu menembakan musuh di kedudukan yang tersembunyi di sebalik perlindungan dan mampu melepaskan pada kadar yang pantas. Rekabentuk mortar juga ringkas berbanding dengan meriam dimana ia hanya mempunyai tapak mortar (base plate), tiub pelancar, tripod dan juga alat tenang. Terdapat beberapa kaliber atau saiz peluru bagi mortar ini seperti 60 mm, 81 mm dan 120 mm. Ketiga-tiga kaliber ini mempunyai impak yang berbeza dan dikendalikan di peringkat-peringkat tertentu.
Mortar moden mudah untuk dikendalikan dan juga mempunyai tahap mobiliti yang tinggi berbanding dengan mortar zaman dahulu. Mortar yang terdahulu mempunyai kaliber yang besar sebagaimana yang ditunjukan pada gambar sebelah dan kebiasaanya ia digunakan untuk menembak ke kawasan kubu atau kota yang dikepung. Sebagaimana yang dinyatakan, bom mortar mempunyai sudut trajektori yang tinggi berbanding dengan meriam tetapi sukar untuk digerakkan kerana saiznya yang besar. Mortar dijadikan sebagai senjata bantuan kepada unit infantri kerana saiznya yang senang dibawa, selenggraan yang mudah, dapat menembak dalam kubu atau kedudukan yang terlindung dan ianya mempunyai kuasa pemusnah yang bagus dalam membantu infantri.
Mortar yang digunakan dalam infantri terbahagi kepada beberapa kaliber. Mortar 60 mm atau dikenali sebagai mortar komando adalah mortar yang digunakan dan ditumpangkan kepada Pl. Ia dikendalikan oleh dua dan cara menggunakan adalah mudah. Ia tidak mempunyai tenangan tetapi menggunakan alat penimbanng air dan pembaris untuk menunjukan sudut-sudut dongakan. Ia adalah bantuan tembakan tidak langsung yang dapat diberikan serta merta sebelum bantuan tembakan dari pl mortar dan juga artileri. Mortar jenis ini juga dapat memberikan bantuan tembakan yang baik untuk peperangan bandar kerana serpihan tidak mampu menembusi bangunan yang menyebabkan serpihan bom tadi 'berterbangan' dan mencederakan anggota yang terdedah. Jarak bagi mortar ini adalah + 1000 m.
Manakala mortar 81 mm adalah mortar yang digunakan oleh Platun Mortar. Bilangan mortar atau dikenali sebagai tiub bagi Pl adalah 6 tiub untuk BIS dan 8 tiub bagi batalion Mekanize. Pengendalian untuk mortar jenis ini adalah sedikit rumit berbanding mortar 60 mm kerana ia memerlukan pengiraan seperti mengambil kedudukan grid menggunakan grid 8 angka, jarak, sudut dongakan dan cas. Bagi pengiraan tersebut alat yang digunakan adalah berdasarkan kepada kiraan komputer yang memberikan ketinggian penerbangan bom dan juga jarak dari kedudukan mortar ke sasaran. Jarak bagi mortar ini adalah + 6000 m. Mortar ini juga boleh digunakan dari dalam kenderaan armor seperti yang terdapat pada kenderaan ADNAN.
Mortar seterusnya adalah mortar 120 mm dan ianya adalah mortar yang mempunyai kaliber terbesar dimana saiznya mengalahkan meriam 105 mm. Mortar ini boleh ditembak dari kenderaan atau di atas tanah. Sesetengah tentera menjadikan mortar 120 mm ini sebagai ganti meriam 105 mm kerana keupayaannya yang menyamai meriam tersebut.
Kelebihan senjata ini adalah kadar tembakannya dimana ia dapat menembak dalam kadar yang tinggi berbanding meriam. Sebagai contoh sekiranya mortar tersebut dapat menembak 7 butir seminit, apabila penembakan dilaksanakan 1 butir telah mengenai sasaran dan 6 butir lagi masih diudara dan sedang menuju ke sasaran. Selain itu juga, mortar juga dapat menembak bom yang menggunakan bom panduan bagi mengenalpasti sasaran dan bergerak menuju ke sasaran sebagaimana yang dikeluarkan oleh syarikat Bofors.
Mortar dahulu |
Mortar yang digunakan dalam infantri terbahagi kepada beberapa kaliber. Mortar 60 mm atau dikenali sebagai mortar komando adalah mortar yang digunakan dan ditumpangkan kepada Pl. Ia dikendalikan oleh dua dan cara menggunakan adalah mudah. Ia tidak mempunyai tenangan tetapi menggunakan alat penimbanng air dan pembaris untuk menunjukan sudut-sudut dongakan. Ia adalah bantuan tembakan tidak langsung yang dapat diberikan serta merta sebelum bantuan tembakan dari pl mortar dan juga artileri. Mortar jenis ini juga dapat memberikan bantuan tembakan yang baik untuk peperangan bandar kerana serpihan tidak mampu menembusi bangunan yang menyebabkan serpihan bom tadi 'berterbangan' dan mencederakan anggota yang terdedah. Jarak bagi mortar ini adalah + 1000 m.
Penembakan Mortar 81 mm |
Mortar 120 mm |
Mortar yang dibawa oleh kenderaan perisai |
Mortar ! Tindak |