Sejak Tentera Darat Malaysia (TDM) ditubuhkan pada 1 Mac 1933, terdapat beberapa jenis senjata tempur yang telah digunakan oleh TDM dari penubuhannya sehingga sekarang. Senjata tempur adalah senjata yang digunakan oleh anggota tentera semasa bertempur atau dikenali sebagai assault rifle dalam bahasa Inggeris. Kalau tidak silap, 5 jenis senjata tempur yang digunakan oleh TDM (tidak temasuk senjata tempur unit-unit komando dan unit-unit terpilih semasa insurgensi).
Perkongsian mengenai maklumat teknologi ketenteraan dan juga kajian pertempuran.Enjoy it and no politic please
Monday, 18 April 2011
SENJATA TEMPUR TENTERA DARAT MALAYSIA
Saturday, 16 April 2011
Tahukah Anda
PANJI-PANJI
Panji-panji mempunyai 'keistimewaan' dalam sesuatu unit. Semasa peperangan berlangsung, adalah menjadi keutamaan kepada sesuatu pasukan tentera untuk memastikan panji-panji mereka tidak jatuh menyembah bumi. Ini kerana sekiranya panji-panji tersebut jatuh menyembah bumi, ini bermakna mereka telah kalah dan telah gagal mempertahankan kebanggaan mereka. Dalam sejarah Islam juga ada tercatat peristiwa ini, apabila 3 komander islam yang memegang panji-panji telah syahid dan tiada komander yang layak untuk memimpin tentera Islam, maka Khalid Al Walid telah diminta untuk memimpin pasukan Islam dan memegang panji-panji kerana untuk mengelakan moral pasukan Islam merundum. Di dalam peperangan ini juga tercatat Jaafar bin Abi Talib telah mempertahankan panji-panji dengan sedaya upaya beliau dimana apabila tangan kanan beliau dipotong beliau menggunakan tangan kiri dan apabila tangan kirinya dipotong beliau mengepit panji-panji yang dipegang sehinggalah beliau ditikam sehingga syahid.
Pada kebiasannya pada panji-panji akan tercatat setiap peperangan yang pernah disertai oleh pasukan tersebut. Ini adalah bertujuan untuk menimbulkan rasa bangga kepada setiap anggota unit tersebut. Pada hari ini, panji-panji tidak lagi dibawa ke medan tempur. Ianya akan disimpan dipasukan dan akan diarak pada hri-hari tertentu seperti Kawalan Kehormatan Utama dan Hari Ulangtahun Pasukan.
Bagi tentera Darat Malaysia, terdapat dua jenis panji-panji iaitu Panji-Panji Yang Dipertuan Agong dan Panji-Panji Rejimen. Panji-panji Yang Di-Pertuan Agong adalah lambang kesetiaan Rejimen kepada Raja yang mempunyai tempat yang lebih tinggi daripada Panji-panji Rejimen. Upacara Penganugerahannya disempurnakan sendiri oleh Sri Padukan Baginda Yang Di-Pertuan Agong dalam perbarisan yang penuh dengan adat istiadat dan tradisi ketenteraan.
Ok itulah info untuk ruangan Tahukah anda kali ini. Saya akan cuba updatekan ruangan ini dalam masa yang terdekat dan sekerap yang mungkin untuk perkongsian maklumat bersama.
Subscribe to:
Comments (Atom)