Monday, 2 December 2013

I once had a comrade



Lagu ini merupakan lagu istiadat Tentera Jerman bagi upacara pengebumian anggota mereka. Ia ditulis oleh Ludwig Uhland pada tahun 1809 dan dijadikan bentuk musik oleh seorang komposer, Friedrich Silcher pada 1825. Ia menarik perhatian saya kerana liriknya yang menunjukkan pentingnya persahabatan bagi seorang tentera. Persahabatan merupakan suatu perkara yang penting dalam tentera. 


Sunday, 6 January 2013

Shot Gun Bagi Peperangan Moden




Pasti ramai yang tertanya mengapa senjata ini dijadikan sebagai pilihan untuk tajuk ini. Ramai yang menganggap shot gun ini sudah tidak relevan dengan keadaan semasa yang mana sekarang melibat senjata jarak jauh dan juga stand off weapon.

Jarak berkesan bagi senjata shot gun ini dalam lingkungan 40 meter hingga 200 meter (jarak maksima). Senjata ini semasa peperangan menentang insurgensi akan digunakan oleh anggota tinjau (recce squad) yang akan berada di hadapan sekali semasa bergerak. Senjata ini menggunakan peluru bebola yang dimasukan ke dalam satu sarung plastik dimana apabila peluru tersebut keluar dari laras ia akan bertaburan semakin jauh semakin luas taburannya. Ia sesuai digunakan dalam PMI kerana jarak penglihatan yang terhad dan tembakan yang terhad dan sekiranya terserempak dengan musuh ia mampu menumbangkan musuh dengan kemampuan pelurunya.

Namun setelah PKM meletakan senjata dan TDM telah beralih ke konsep CW, senjata ini seolah-olah tiada kepentingan dan hanya dikeluarkan untuk latihan menembak sekali sekala. Mungkin kerana kapasiti pelurunya hanya 7 hingga 10 butir peluru menyebabkan ianya tidak menjadi pilihan. Namun setelah kemampuan senjata ini seolah-olah tenggelam, peperangan di Iraq telah menaikan kembali penggunaan senjata shot gun ini dimana konflik di Iraq telah menggunakan peperangan OBUA dan CIW. Dalam peperangan tersebut, shot gun telah digunakan untuk memecahkan pintu bagi tujuan kemasukan, senjata ofensif dan juga sebagai senjata kawalan rusuhan.
 
AA-12.jpg
Senjata AA-12 keluaran Amerika Syarikat
Senjata ini juga telah diperbaharui dari segi kemampuan dimana senjata yang terbaru boleh dibuat pengisian peluru dengan menggunakan kelopak seperti senjata Saiga dan AA-12 yang mana sekaligus ia akan menambahkan kemampuan untuk menembak dalam jumlah yang banyak dan juga mengurangkan masa untuk isian semula. Ia juga dapat digunakan sebagaimana senjata raifal tempur biasa. Selain daripada itu, terdapat juga senjata shot gun yang dipasangkan dibawah laras senjata raifal tempur seperti senjata dimana ia digunakan sebagaimana yang telah saya nyatakan dan pada masa yang sama mengurangkan beban yang perlu di bawa anggota daripada membawa 2 senjata hanya membawa 1 platform sahaja. Ini menunjukan bahawa sistem dan teknologi lama masih relevan dengan peperangan moden pada masa kini. 

Senjata Saiga

PEO M26 MASS on M4 Carbine.jpg
M26 yang dipasang pada M4 Karbin


Thursday, 1 November 2012

Peperangan Di Kawasan Terbina (OBUA)

Selepas OBUA
Peperangan di kawasan terbina atau lebih dikenali sebagai OBUA (Operation in Built Up Area) merupakan  peperangan yang rumit dan sukar untuk mencapai satu kemenangan secara mudah. OBUA juga dikenali sebagai FIBUA (Fighting in Built Up Area) dan juga MOUT (Military Operation in Urban Terrain), dan FISH (Fighting in Someone house). Di rantau Asia Tenggara, tentera Singapura diakui memiliki keupayaan OBUA yang tinggi. 



Peperangan ini amat rumit kerana ia kawasan pertempuran adalah berbeza dengan peperangan konvensional.   Ini kerana medan pertempuran melibatkan struktur bangunan, perparitan dan juga orang awam yang terdapat di kawasan tersebut. Pada kebiasaanya, kawasan tersebut akan cuba dielak dari mengalami kemusnahan secara menyeluruh kerana kawasan tersebut akan diambil dan ditadbir semula. Sekiranya ia musnah secara menyeluruh, ia akan mengambil masa untuk dibangunakan semula  

Evstafiev-Chechnya-BURNED.jpg
Kenderaan BMP 2 yang musnah di Grozny
Perancangan bagi melaksanakan OBUA perlu mengambil kira beberapa keperluan sama ada dari segi taktikal dan juga logistik. Operasi OBUA akan dilaksanakan secara bangunan ke bangunan, tingkat ke tingkat dan bilik ke bilik. Bagi pembersihan bilik, ia memerlukan penggunaan peluru dan bom tangan yang tinggi kerana setiap bilik dan  bangunan perlu di bersihkan secara fizikal.  Selain daripada itu, bagi pasukan yang melaksanakan serangan, keperluan untuk mengaturgerakan kolum armor dan mekanize juga menjadi igauan kepada para komander. Armor dan mekanize akan diaturgerakan bagi melindungi operasi oleh infantri dengan bantuan kuasa tembakan dan juga perlindungan yang mampu diberikan. Namun, apabila berhadapan dengan pertahanan yang dirancang dengan baik, pasukan armor dan mekanize akan menjadi sasaran yang mudah seperti yang berlaku di Chechnya. Pasukan armor dan mekanize Russia beranggapan bahawa mereka akan dapat mengalahkan pejuang Chechnya dengan mudah hanya menggunakan kedua-dua pasukan ini namun mereka silap. Mereka diserang oleh senjata anti kereta kebal yang menggunakan longkang dan saluran bawah tanah sebagai kubu. Mereka juga diserang hendap dari bangunan yang menyukarkan tembakan dari senjata kereta kebal dan kenderaan perisai yang mempunyai sudut dongakan yang terhad. Bantuan tembakan serta pengeboman oleh pengebom artileri perlu dirancang dengan teliti kerana setiap pengeboman akan menyebabkan timbunan runtuhan bangunan dimana ia akan memerikan kelebihan kepada pasukan yang bertahan manakala ia juga akan menyukarkan kemaraan.

Bagi pasukan yang bertahan, mereka juga perlu membuat persiapan yang teliti. Setiap bangunan akan diperkukuhkan dan juga dibuat penyamaran bagi mengelirukan pasukan yang menyerang dan sekaligus menyukarkan mereka di kesan. Jerangkap samar, halangan  dan periuk api dipasang dikawasan yang strategik bagi meyalurkan pasukan serangan ke kawasan membunuh. Penembak tepat juga akan berada dikedudukan membolehkan sasaran penting dibunuh dan sekaligus  menyebabkan kemaraan terhenti. Bantuan artileri juga akan memberikan bantuan di laluan masuk pasukan serangan bagi. Jadi kebiasaannya, pasukan yang bertahan akan menggunakan penduduk tempatan yang mahir dengan kawasan tersebut dan sekaligus memberikan kelebihan kepada mereka.

Sejarah telah membuktikan bahawa operasi untuk OBUA ini memerlukan kekuatan                1 ketumbukan darat (Army level) seperti peperangan Stalingrad dan biasanya ia akan mengambil tempoh yang lama.  


Tuesday, 30 October 2012

Mortar - Artileri bagi Pasukan Infantri

Mortar ataupun lebih dikenali oleh orang - orang lama sebagai meriam katak merupakan senjata yang terdapat dalam inventori pasukan infantri. Ia mempunyi kuasa tembakan seperti artileri tetapi dengan kuasa letupan yang kurang.
 
  Mortar merupakan senjata yang menggunakan konsep londaran dimana bom yang ditembak mempunyai halaju yang rendah, jarak yang dekat, sudut dongakan yang tinggi, mampu menembakan musuh di kedudukan yang tersembunyi di sebalik perlindungan dan mampu melepaskan pada kadar yang pantas. Rekabentuk mortar juga ringkas berbanding dengan meriam dimana ia hanya mempunyai tapak mortar (base plate), tiub pelancar, tripod dan juga alat tenang. Terdapat beberapa kaliber atau saiz peluru bagi mortar ini seperti 60 mm, 81 mm dan 120 mm. Ketiga-tiga kaliber ini mempunyai impak yang berbeza dan dikendalikan di peringkat-peringkat tertentu.
 

Mortar dahulu
Mortar moden mudah untuk dikendalikan dan juga mempunyai tahap mobiliti yang tinggi berbanding dengan mortar zaman dahulu. Mortar yang terdahulu mempunyai kaliber yang besar sebagaimana yang ditunjukan pada gambar sebelah dan kebiasaanya ia digunakan untuk menembak ke kawasan kubu atau kota yang dikepung. Sebagaimana yang dinyatakan, bom mortar mempunyai sudut trajektori yang tinggi berbanding dengan meriam tetapi sukar untuk digerakkan kerana saiznya yang besar. Mortar dijadikan sebagai senjata bantuan kepada unit infantri kerana saiznya yang senang dibawa, selenggraan yang mudah, dapat menembak dalam kubu atau kedudukan yang terlindung dan ianya mempunyai kuasa pemusnah yang bagus dalam membantu infantri.

Mortar yang digunakan dalam infantri terbahagi kepada beberapa kaliber. Mortar 60 mm atau dikenali sebagai mortar komando adalah mortar yang digunakan dan ditumpangkan kepada Pl. Ia dikendalikan oleh dua dan cara menggunakan adalah mudah. Ia tidak mempunyai tenangan tetapi menggunakan alat penimbanng air dan pembaris untuk menunjukan sudut-sudut dongakan. Ia adalah bantuan tembakan tidak langsung yang dapat diberikan serta merta sebelum bantuan tembakan dari pl mortar dan juga artileri. Mortar jenis ini juga dapat memberikan bantuan tembakan yang baik untuk peperangan bandar kerana serpihan tidak mampu menembusi bangunan yang menyebabkan serpihan bom tadi 'berterbangan' dan mencederakan anggota yang terdedah. Jarak bagi mortar ini adalah + 1000 m.

Penembakan Mortar 81 mm
Manakala mortar 81 mm adalah mortar yang digunakan oleh Platun Mortar. Bilangan mortar atau dikenali sebagai tiub bagi Pl adalah 6 tiub untuk BIS dan 8 tiub bagi batalion Mekanize. Pengendalian untuk mortar jenis ini adalah sedikit rumit berbanding mortar 60 mm kerana ia memerlukan pengiraan seperti mengambil kedudukan grid menggunakan grid 8 angka, jarak, sudut dongakan dan cas. Bagi pengiraan tersebut alat yang digunakan adalah berdasarkan kepada kiraan komputer yang memberikan ketinggian penerbangan bom dan juga jarak dari kedudukan mortar ke sasaran. Jarak bagi mortar ini adalah + 6000 m. Mortar ini juga boleh digunakan dari dalam kenderaan armor seperti yang terdapat pada kenderaan ADNAN.

Mortar 120 mm
Mortar seterusnya adalah mortar 120 mm dan ianya adalah mortar yang mempunyai kaliber terbesar dimana saiznya mengalahkan meriam 105 mm. Mortar ini boleh ditembak dari kenderaan atau di atas tanah. Sesetengah tentera menjadikan mortar 120 mm ini sebagai ganti meriam 105 mm kerana keupayaannya yang menyamai meriam tersebut.

Mortar yang dibawa oleh kenderaan perisai
Kelebihan senjata ini adalah kadar tembakannya dimana ia dapat menembak dalam kadar yang tinggi berbanding meriam. Sebagai contoh sekiranya mortar tersebut dapat menembak 7 butir seminit, apabila penembakan dilaksanakan 1 butir telah mengenai sasaran dan 6 butir lagi masih diudara dan sedang menuju ke sasaran.  Selain itu juga, mortar juga dapat menembak bom yang menggunakan bom panduan bagi mengenalpasti sasaran dan bergerak menuju ke sasaran sebagaimana yang dikeluarkan oleh syarikat Bofors.
Mortar ! Tindak

 


Sunday, 26 August 2012

9TH COMPANY - Cerita Perang Soviet - Afghanistan Versi Russia

Pada kali ini saya berhasrat untuk menulis mengenai cerita perang yang menceritakan peperangan Soviet - Afghanistan menurut kacamata mereka. Kita kerap menonton cerita perang yang dihasilkan oleh penebit dari Hollywood dan saya rasa jarang atau tidak pernah kita menonton cerita perang yang dikeluarkan oleh penerbit dari Russia. Sebenarnya cerita ini saya terjumpa secara tidak sengaja semasa mencari data mengenai penglibatan Soviet dalam peperangan Afghanistan. Tajuk cerita ini adalah 9th Company R(Russia-9 Pota).Cerita ini dihasilkan pada tahun 2005 hasil gabungan Russia-Finland-Ukrain yang diarahkan oleh Fyodor Bondarchuk. Cerita ini berdasarkan cerita benar menceritakan mengenai sekumpulan rekrut yang menjalani latihan untuk ditugaskan di Afghanistan semasa penghujung konflik tersebut. Semasa menjalani latihan mereka mengharungi latihan yang keras dan mencabar berbanding kompeni lain. Setelah menamatkan latihan, kumpulan rekrut ini dihantar ke Afghanistan dan ditugaskan ke pos-pos masing -masing. Bagi kompeni ke 9, mereka telah dihantar ke Bukit 3234 untuk mengawal laluan tentera Soviet daripada serangan pejuang Mujahiddin. Ia juga menceritakan kehidupan mereka di pos tersebut, cara layanan anggota lama ke atas anggota baru, kesan psikologi ke atas tentera Soviet sepanjang penugasan mereka dan keupayaan mujahidin pada pandangan Soviet. Dalan cerita ini, penamat kepada cerita ini adalah kompeni ini diserang secara besar-besaran oleh pejuang mujahidin di atas kemuncak bukit dan sepanjang pertempuran ini hanya seorang anggota sahaja yang terselamat. Pada keseluruhannya, ia merupakan sebuah cerita yang menarik untuk ditonton kerana ianya adalah cerita dari Russia menceritakan tentang sejarah mereka di Afghanistan menurut versi mereka. Ia juga menunjukkan peralatan tempur yang sebenarnya dari inventori Russia seperti Mi-24, BMP-2, BTR dan senjata api. Ia bukan yang 'dibuat' meggunakan peralatan lain agar seolah-olah peralatan Russia. Sekiranya ingin mendapatkan maklumat mengenai cerita ini boleh rujuk wikipedia dan ianya akan menerangkan kontroversi berhubung cerita ini dan kejadian sebenar pertempurn ini. Akhir kata selamat menonton.

Saturday, 4 August 2012

Kamov KA-50 - 'Jerung' di Langit

Ka-50

Kamov KA-50 'Black Shark' (Pengenalan NATO 'Hokum A' merupakan salah satu daripada helikopter penggempur Russia yang terdapat dalam inventori mereka. Ia merupakan helikopter penggempur satu tempat duduk, mempunyai kipas sepaksi arah bertentangan (contra rotating), tidak mempunyai kipas ekor. Salah satu daripada ciri-ciri istimewa helikopter ini adalah ia mempunyai kerusi lenting seperti yang terdapat pada pesawat pejuang dimana apabila kerusi itu diaktifkan, kipas akan tercabut, kanopi akan tercabut dari rangka pesawat.

KA-50 mula dibangunkan pada tahun 1987 semasa zaman pemerintahan Kesatuan Soviet pada tahun 1987 dan mula dipamerkan kepada umum pada tahun 1982. Ia dikatakan bakal menggantikan Mi-24 Hind yang mana dikatakan mempunyai saiz yang terlalu besar dan tidak mempunyai keupayaan untuk bermanuver di kawasan pertempuran yang sengit.         KA-50 dicipta dengan mempunyai pelbagai sistem persenjataan seperti 23 mm pod roket (240 roket setiap satu pod), 12 x peluru berpandu anti kereta kebal VIKhR, Peluru berpandu udara ke udara Vympel R-73, roket S-8 dan S-13, Peluru berpandu udara ke darat panduan laser semi aktif Kh 25, 4 x bom 250 kg, 2 x bom 500 kg. Meriam yang digunakan adalah dari jenis Shipunoov 2A42 30 mm dengan 460 peluru (Perobek Armor atau Letupan Kuat-Frag). Apa yang unik mengenai meriam helikopter ini, ia tidak menggunakan sistem seperti helikopter penggempur yang lain dimana meriam dapat digerakan mengikut pergerakan helmet jurumeriam. Bagi sistem KA-50, ia menggunakan meriam yang berada di badn pesawat dan hanya boleh digerakan secara atas dan kebawah kerana pada pandangan pereka, ia dapat memberikan jarak yang lebih jauh dan lebih tepat berbanding sistem meriam yang boleh digerakan.

Rekaan dua kipas sepaksi menyebabkan kipas ekor tiada dan ini menyebabkan kotak gear untuk kipas tersebut tiada dan sekaligus menjadikan kawasan untuk bahagian kritikal enjin helikopter menjadi kecil untuk ditembak musuh. Selaini itu ia juga memberikan kelajuan kepada helikopter iaitu 315 km/j dan mampu melakukan gerakan roll dan barrel. Juruterbang juga akan mengawal, mencari sasaran dan memandu dan terdapat persoalan mengenai bebanan terhadap juruterbang. Tetapi ianya dikatakan peranan juruterbang helikopter ini adalah sama seperti juruterbang pesawat pejuang dengan penugasan menerbangkan, mencari sasaran dan pulang. Bagi mengurangkan bebanan juruterbang, satu versi lagi dikeluarkan dengan 2 tempat duduk iaitu Ka-52 dan dikenali sebagai Hokum B 
Kamov Ka-52
Disebabkan kelajuan ia dikatakan sesuai untuk penugasan memburu helikopter pejuang yang lain tetapi setakat ini tiada pertempuran sedemikian berlaku. Ia mula beroperasi dalam operasi tentera Russia di Chechnya.

Kamov Ka-50

Sunday, 15 July 2012

Multicam - Evolusi Terbaru Corak Loreng


Corak Multicam
Multicam adalah singkatan daripada Multicamouflage merupakan corak loreng terkini dalam inventori Tentera Darat Amerika. Ia mula diperkenalkan pada tahun 2010 semasa operasi Amerika di Afghanistan dan mula digunakan oleh Pasukan Khas. Corak ini direka oleh syarikat Crye AssociatesCorak ini adalah untuk menggantikan corak Universal Camouflage Pattern (UCP) atau dikenali sebagai corak digital.
Corak yang sebati dengan persekitaran
Corak UCP (kiri) yang tidak sesuai dengan
keadaan persekitaran
Penggantian corak UCP ke Multicam adalah disebabkan warna UCP yang berwarna kelabu dan ia tidak memberikan penyamaran yang baik terutamanya di kawasan pergunungan Afghanistan. Sebaliknya multicam telah mendapat maklumbalas yang memberangsangkan semasa ujiannya. Corak yang digunakan adalah corak yang tidak sekata dalam pelbagai saiz atau yang mengelarkannya sebagai coffee stain pattern. Ianya mempunyai tujuh warna iaitu dimana setiap warna mampu memberikan penyamaran yang baik disetiap keadaan muka bumi dimana ia mengelirukan pandangan manusia. Sebagai contoh apabila pengguna berdiri di kawasan hutan, padang pasir atau pergunungan, maka warna pada loreng tersebut seakan-akan menyembunyikan dan sebati dengan keadaan sekeliling.

Multicam oleh tentera Russia
Sebagaimana yang kita tahu, apabila tentera Amerika mengeluarkan loreng digital, maka berlumba-lumba negara lain untuk menggunakan corak tersebut dan Malaysia juga tidak ketinggalan dimana ujian mengenai corak tersebut telah dilaksanakan. Apabila corak multicam digunakan dan memberikan keputusan yang diluar jangkaan, terdapat negara yang telah menggunakan corak dan warna yang seakan akan sama dengan corak ini. Sebagai contoh, tentera Australia telah menggunakan multicam untuk pasukan khas mereka dan berpuas hati dan memohon dengan pengeluar untuk mengeluarkan corak ini secara berlesen. Tentera British juga telah menggunakan corak seakan - akan multicam tapi dikenali sebagai Multi Terrain Pattern (TMP) bagi kegunaan di Afghanistan. Russia dan lain-lain negara juga ada menggunakan corak ini dan ia dipercayai akan menjadi ikutan negara lain. Ini jelas menunjukan Kementerian Pertahanan Amerika mengambil berat terhadap pandangan anggota mereka dan berusaha untuk membaiki kesilapan mereka. Ini berikatan dengan pemilihan corak UCP yang dikatakan sebagai kesilapan yang terbesar mereka.

Bagi saya, corak loreng Malaysia iaitu corak Harimau Belang juga tidak kurang hebatnya. Ini kerana bila digunakan dikawasan hutan ia mampu menyamarkan penggunanya dengan baik terutama sekali apabila pakaian tersebut dalam keadaan basah. Kelemahn corak Harimau Belang adalah semasa penggunaan di kawasan terbina dimana warnanya yang direka untuk hutan jelas nampak tetapi setakat ini ia adalah corak yang bagus.